? ??????????????Blue Abstract Spiral? ????? ?????? ???Rating: 4.1 (51 Ratings)??1 Grab Today. 9454 Total G
rabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Steelers Super Fan? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (171 Ratings)??1 Grab Today. 13602 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructio CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

My Physolophy

My Physolophy

Monday, May 11, 2009

Arsenal F.C


Arsenal F.C. (dikenali sebagai Arsenal atau The Gunners) ialah kelab bola sepak profesional England yang berpusat di utara London. Mereka bermain di dalam Liga Perdana Inggeris dan menjadi kelab yang paling berjaya di dalam sejarah bola sepak Inggeris. Arsenal telah memenangi tiga belas Divisyen Pertama dan kejuaraan Liga Perdana, sepuluh Piala FA dan telah sampai ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama dalam sejarah mereka semasa 2005-06, yang mana mereka telah tewas 1-2 kepada FC Barcelona.
Arsenal telah diasaskan di Woolwich, tenggara London, dalam tahun 1886, tetapi dalam tahun 1913 mereka telah berpindah ke utara merentasi bandaraya itu ke Stadium Arsenal, Highbury, yang mana menjadi rumah mereka sehingga bulan Mei 2006. Dalam bulan Julai 2006 kelab tersebut berpindah Stadium Emirates bertempat duduk 60,000 di Ashburton Grove yang berhampiran. Arsenal mempunyai satu sejarah permusuhan yang panjang dengan jiran Tottenham Hotspur, yang hanya terletak empat batu sahaja di Tottenham, yang mana mereka bermain dalam perlawanan pertembungan London utara.
Arsenal ialah ahli kepada kumpulan G-14 yang terdiri daripada kelab-kelab terkemuka Eropah, sebaris dengan kelab-kelab Barcelona, AC Milan and Manchester United.
Sejarah

Arsenal ditubuhkan pada awalnya dengan nama Dial Square pada tahun 1886 oleh pekerja-pekerja di Royal Arsenal yang terletak di Woolwich, tetapi ditukar namanya kepada Royal Arsenal sejurus selepas itu. Mereka menukar nama mereka sekali lagi kepada Woolwich Arsenal selepas menjadi profesional pada tahun 1891. Kelab ini menyertai liga Football League pada tahun 1893, bermula dengan liga Second Division, dan berjaya naik ke liga First Division pada tahun 1904. Akan tetapi, kedudukan geografi kelab ini yang terpinggir menyebabkan kadar kehadiran penontonnya kurang berbanding dengan kelab-kelab lain, seterusnya menyebabkan kelab ini dibebani dengan masalah-masalah kewangan. Pada tahun 1913, selepas jatuh semula ke Divisi Kedua, mereka berpindah menyeberangi Sungai Thames ke stadium baru Arsenal di Highbury, North London. Mereka memadamkan "Woolwich" daripada nama mereka pada tahun berikutnya. Arsenal hanya menamatkan saingan di tangga kelima pada tahun 1919, tetapi dipilih semula untuk menyertai Divisi Pertama dan menyebabkan musuh tradisi mereka Tottenha Hotspur terpaksa menuruni divisi, dengan cara yang dilaporkan agak diragui.
Pada tahun 1925, Arsenal telah melantik Herbert Chapman sebagai pengurus pasukan. Chapman telah memenangi liga dengan Huddersfield Town pada tahun 1924 dan 1925, dan beliau telah membawa Arsenal kepada fasa pertama ke arah kegemilangan. Beliau telah merevolusikan taktik dan sistem latihan, bersama-sama dengan pemain-pemain terkemuka seperti Alex James dan Cliff Bastin, meletakkan asas kepada dominasi kelab tersebut dalam bolasepak Inggers pada tahun 1930-an. Antara tahun 1930 and 1938, Arsenal telah menjuarai Divisi Pertama sebanyak lima kali dan piala FA Cup dua kali, meskipun Chapman tidak sempat untuk melihat pencapaian ini kerana beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat penyakit radang paru-paru pada tahun 1934. Sebagai tambahan, Chapman telah dilaporkan telah mengepalai penamaan semula stesen tempatan London Underground dari "Gillespie Road" kepada "Arsenal" pada tahun 1932, menjadikan stesen itu sebagai satu-satunya stesen Tube yang dinamakan sempena sebuah kelab bolasepak.
Berikutan dengan pengantungan bolasepak profesional Inggeris semasa World War II, Arsenal telah menjuarai liga pada tahun 1948 dan 1953 dan piala FA Cup pada tahun 1950. Bagaimanapun, nasib mereka mulai berubah; gagal untuk menarik pemain-pemain berkaliber seperti pemain-pemain pada zaman 30-an, kelab ini telah menghabiskan zaman 1950-an and 1960-an mereka dalam keadaan kekeringan trofi. Hinggakan bekas England kapten Billy Wright pun tidak mampu untuk membawa kejayaan kepada kelab ini sebagai pengurus.
Era kegemilangan Arsenal's kedua bermula dengan perlantikan mengejutkan ahli fisioterapi kelab itu, iaitu Bertie Mee sebagai pengurus pada tahun 1966. Selepas tewas dalam dua perlawanan akhir piala League Cup,mereka telah memenangi piala Inter-Cities Fairs Cup, piala Eropah mereka yang pertama pada tahun 1970. Ini diikuti degan kejayaan yang lebih membanggakan: kejayaan berganda pertama untuk merangkul juara liga dan piala FA pada tahun 1971. Bagaimanapun, dekad-dekad yang berikutnya telah dicirikan sebagai siri-siri yang hampir menang. Arsenal berkedudukan sebagai naib johan Divisi Pertama pada tahun 1973, tewas dalam tiga perlawanan akhir piala FA (1972, 1978 and 1980) dan tewas dalam perlawanan akhir piala Cup Winners' Cup atas sepakan penalti pada tahun 1980. Kejayaan tunggal kelab ini pada era ini adalah piala FA pada tahun 1979, dengan kemenangan 3-2 di saat-saat akhir perlawanan ke atas Manchester United yang hingga kini dianggap sebagai klasik.

Pemain-pemain dan penyokong-penyokong Arsenal meraikan kejuaraan Liga 2004 mereka dengan sebuah perarakan bas tidak berbumbung
Kepulangan bekas pemain George Graham sebagai pengurus pada tahun 1986 telah membawa kepada sesi kegemilangan yang ketiga. Arsenal telah menjuarai piala League Cup pada tahun 1987, dalam musim pertama Graham memegang jawatan pengurus. Ini diikuti dengan sebuah kejuaraan liga pada tahun 1989, yang dimenangi dengan sebuah gol di minit terakhir perlawanan menentang pencabar kejuaraan Liverpool dalam perlawan terakhir musim tersebut. Arsenal dibawah bimbingan Graham telah memenangi sebuah lagi kejuaraan liga pada tahun 1991, dengan tewas hanya satu perlawanan, memenangi piala berganda FA Cup dan League Cup pada tahun 1993 dan trofi Eropah kedua mereka, piala Cup Winners' Cup, pada tahun 1994. Akan tetapi, reputasi Graham tercalar apabila didedahkan bahawa beliau telah menerima rasuah daripada ejen Rune Hauge kerana telah membeli pemain-pemain tertentu, dan beliau dipecat pada tahun 1995. Pengganti beliau, Bruce Rioch, hanya bertahan selama semusim sahaja, meninggalkan kelab itu selepas bertelagah mengenai isu dana perpindahan pemain.
Punca utama kejayaan kelab ini di akhir 1990-an dan 2000-an adalah disebabkan perlantikan pengurus Arsène Wenger pada tahun 1996. Wenger memperkenalkan taktik-taktik serba baru, rejim latihan yang baru dan beberapa pemain-pemain luar negara yang melengkapi bakat pemain-pemain Inggeris yang sedia ada. Arsenal telah memenangi kemenangan berganda liga dan piala untuk kali keduanya pada tahun 1998 dan kali ketiga pada tahun 2002. Sebagai tambahan, kelab ini telah mara ke perlawanan akhir piala UEFA Cup 2000 (tewas penalti kepada Galatasaray), menjuarai piala FA Cup pada tahun 2003 dan 2005, dan menjuarai liga Premier League 2004 tanpa tewas dalam sebarang perlawanan, yang menyebabkan mereka digelar dengan gelaran "The Invincibles" keseluruhannya, kelab ini telah menempuhi 49 perlawanan liga tanpa kalah, sebuah Rekod negara England. Arsenal telah menghabiskan saingan liga samada di tangga pertama atau kedua dalam lapan daripada sepuluh musim Wenger berada di kelab itu, dan mereka adalah salah satu daripada empat pasukan (bersama-sama dengan Manchester United, Blackburn Rovers dan Chelsea) yang telah memenangi liga Premier League semenjak penubuhannya pada tahun 1993. Sehingga baru-baru ini, Arsenal tidak pernah layak ke peringkat separuh akhir kejohanan Champions League; bagaimanapun dalam 2005-06, mereka telah mara ke perlawanan akhir (di mana mereka menetang Barcelona pada May 17, 2006), menjadikan mereka kelab London yang pertama untuk berbuat sedemikian dalam lima puluh tahun sejarah kejohanan ini. Arsenal dikurangkan kepada sepuluh pemain di awal perlawanan, dengan penjaga gol Lehmann di buang padang akibat menjatuhkan Samuel Eto'o dipinggir luar kawasan beliau. Sungguhpun begitu, mereka mendahului 1-0, melalui Sol Campbell, tetapi Barcelona bangkit kembali dengan gol-gol daripada Eto'o dan Belletti untuk memenangi perlawanan itu.
Mercu

Mercu pertama Arsenal dari 1888

Logo Arsenal dari tahun 1949 to 2002
Mercu Arsenal Diraja pertama, didedahkan pada tahun 1888, mengandungi tiga meriam dilihat dari atas, menghala ke utara, menyerupai mercu Borough of Woolwich. Meriam ini kadangkala disalah tafsir sebagai serombong asap, tetapi kewujudan ukiran kepala singa dan sebiji lada di setiap meriam adalah petanda jelas yang mereka adalah meriam. Pada tahun 1922, kelab ini telah menggunakan mercu satu meriam buat pertama kalinya, mengandungi sebuah meriam yang menghala ke timur. Mercu ini hanaya digunakan sehingga tahun 1925 di mana meriam itu dihala ke arah barat pula selepas itu, tongnya dikecilkan dan nama gelaran kelab ini, "The Gunners", telah ditatah dikiri mercu ini. Pada tahun 1949, kelab ini telah mendedahkan mercu yang telah dimodenkan yang nengandungi gaya meriam yang serupa, nama kelab dalam tulisan blackletter di atas meriam, dan sebuah gulungan yang diukir dengan moto Latin baru, "Victoria Concordia Cresit" (yang bermaksud "kemenangan hasil harmoni"). Buat pertama kalinya, mercu ini diberi warna- merah, hijau, dan emas - yang sedikit bervariasi semenjak kewujudan mercu tersebut.
Disebabkan pelbagai rujukan ke atas mercu ini, Arsenal tidak mampu untuk memberi hakcipta; meskipun kelab itu telah berjaya mendaftarkan mercu itu sebagai trademark, dan telah berbalah (dan memenangi) sebuah perbicaraan dengan seorang peniaga tempatan yang menjual barangan-barangan 'tidak rasmi' Arsenal,Arsenal mencari perlindungan undang-undang yang lebih melengkapi. Maka, pada tahun 2002 mereka memperkenalkan mercu baru yang mangandungi garisan-garisan lengkung moden dan gaya yang ringkas, yang mana boleh dihakciptakan.Meriam tersebut sekali lagi menghala ke timur dan nama kelab ditulis dalam tulisan sans-serif yang tersendiri di atas meriam itu. Hijau telah digantikan dengan biru gelap. Mercu baru in menerima respons yang pelbagai daripada para penyokong, denagn sesetengah daripada mereka mengatakan yang mercu ini telah mengabaikan sejarah dan tradisi Arsenal dengan rekaan moden yang radikal, dan penyokong kelab tidak diajak berbincang secara serius berhubungan dengan isu ini.
Warna-warna
Warna asal Arsenal di tempat sendiri. Pasukan ini telah memakai kit yang serupa (tetapi dengan stokin merah "redcurrant") semasa musim 2005–06.
Dalam sebahagian besar sejarah Arsenal, warna rumah mereka ialah baju merah terang dengan lengan putih dan seluar pendek putih, meskipun kadangkala situasi ini berubah. Pemilihan warna merah adalah sebagai menghargai sebuah sumbangan amal daripada Nottingham Forest, sejurus selepas penubuhan Arsenal pada tahun 1886. Dua daripada ahli penubuhan Dial Square, Fred Beardsley dan Morris Bates, adalah bekas pemain Forest yang telah berpindah ke Woolwich untuk bekerja. Sedang mereka menubuhkan kesebelasan utama di kawasan itu, tiada kit yang boleh dijumpai, jadi Beardsley dan Bates telah mengirim surat ke rumah untuk mendapatkan bantuan dan menerima satu set kit dan sebiji bola. Baju itu lebih gelap merahnya berbanding dengan warna moden kelab ini sekarang, hampir ungu, dan telah dipakai dengan samada seluar pendek putih atau gelap.
Pada tahun 1933, Herbert Chapman, yang menghendaki pemain-pemainnya untuk berpakaian lebih segak, telah mengubahsuaikan kit tersebut, menambah lengan putih dan merubah merah gelap itu kepada merah yang lebih terang seperti merah peti pos. Pasukan ini telah serasi dengan kombinasi ini semenjak itu, selain daripada dua musim. Mula-mula, pada 1963–64 kit tersebut telah diubah kepada semua merah, tetapi langkah ini didapati tidak popular dan lengan putih kembali pada musim berikutnya. Kali kedua, semasa 2005–06 ialah musim terakhir Arsenal bermain di Highbury, baju pasukan telah diubah sementara kepada warna asli merah gelap, atau "redcurrant", untuk mengenang kembali warna yang telah dipakai semasa musim pertama di Highbury, pada tahun 1913. Kelab ini akan kembali ke warna kebiasaaan mereka untuk musim 2006-07.
Warna rumah Arsenal telah menjadi inspirasi kepada sekurang-kurangnya dua buah kelab lain. Pada tahun 1909, Sparta Prague telah mengambil sebuah kit merah gelap seperti yang dipakai oleh Arsenal sewaktu itu; pada tahun 1930-an, Hibernian mengambil rekaan lengan Arsenal dalam warna baju hijau dan putih mereka. Kedua-dua kelab tersebut masih memakai rekaan itu hingga ke hari ini.
Warna tempat lawan Arsenal secara tradisinya adalah kuning dan biru, meskipun mereka telah memakai sebuah kit hijau dan biru tentera laut buat sementara ketika awal 1980-an. Sejak 1990-an dan ketibaan pasaran kit yang lumayan, warna tempat lawan mereka telah diubah setiap beberapa musim. Secara amnya, warna itu samada kuning dan biru, ataupun rekaan dua-ton biru, sungguhpun telah ada sebuah rekaan emas metalik dan biru tentera laut untuk musim 2001–02. Bagaimanapun, ramai peminat Arsenal merasakan yang baju biru tersebut membawa nasib malang- kesemua tiga kejuaraan Premier League dicapai dalam musim di mana pasukan ini memakai kuning atau emas. Warna tempat lawan untuk 2005–06 adalah kuning dan kelabu gelap.

Stadium

Stadium Arsenal, lebih dikenali sebagai Highbury, adalah rumah kepada Arsenal dari September 1913 hingga 7 Mei 2006. Stadium yang asal telah dibina oleh seorang arkitek bola sepak yang terkemuka Archibald Leitch, dan mempunyai rekaan serupa dengan kebanyakan padang-padang bola sepak di UK pada masa itu, dengan satu kawasan tempat duduk berbumbung dan tiga kawasan tempat duduk tidak berbumbung yang bertingkat. Pada tahun 1930-an, keseluruhan stadium telah diubahsuai secara besar-besaran,dengan pembinaan tempat duduk Art Deco Timur dan Barat yang serba baru, and bumbung-bumbungnya telah ditambah kepada teres-teres North Bank dan Clock End. Pada kemuncak, Highbury boleh diisi sebanyak 60,000 penonton, dan sudah mempunyai kapaciti 57,000 sehingga awal 1990s. Peraturan-peraturan Laporan Taylor dan Liga Perdana telah memaksa Arsenal untuk menukarkan Highbury kepada keseluruhan tempat duduk dalam tahun 1992, mengurangkan kapasiti kepada 38,500; Kapasiti ini terpaksa dikurangkan lebih lagi semasa perlawanan-perlawanan Liga Juara-Juara untuk menampung penambahan papan iklan. Penambahan ini juga telah dihadkan kerana tempat duduk timur telah dirangka menjadi Senarai Bangunan Gred II dan bantahan daripada penduduk rumah yang sangat hampir dengan tiga tempat duduk lain stadium berkenaan.

Pemain

Skuad semasa
Sehingga 21 Ogos 2008.
No.
Posisi
Pemain
1-GK Manuel Almunia
2-MF Abou Diaby
3-DF Bacary Sagna
4-MF Cesc Fàbregas (kapten)
5-DF Kolo Touré (naib kapten)
7-MF Tomáš Rosický
8-MF Samir Nasri
9-FW Eduardo
10-DF William Gallas
11-FW Robin van Persie
12-FW Carlos Vela
14-FW Theo Walcott
15-MF Denílson
16-MF Aaron Ramsey
17-MF Alexandre Song
18-DF Mikaël Silvestre

.

Kisah Singapura Dilanggar Todak

Mengikut cerita orang melayu Singapura. Pada suatu hari ada seorang pedagang dan ulama dari negeri Pasai bernama Tun Jana Khatib telah datang ke Singapura untuk melakukan kehidupan baru disamping berdagang. Ketika di Singapura dia sangat disengani oleh rakyat Singapura kerana sikapnya yang lemah lembut dan berbudi bahasa di samping melakukan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh penduduk-penduduk tempatan.
Pada suatu hari Tun Jana Khatib telah berlalu disebelah istana Raja Singapura. Pemaisuri baginda sedang melihat Tun Jana Khatib yang sedang berdiri di sebatang pokok pinang itu. Tun Jana Khatib menerung mata lalu memegang tangan ke arah pokok pinang. Pokok pinang terbelah dua lalu tersungkur ke tanah! Pemaisuri raja terkejut melihat keajaiban pokok pinang itu! Kemudian Tun Jana Khatib telah pun beredar. Raja Singapura sendiri pula bertanya kepada pemaisuri dan terkejut melihat pokok pinang yang terbelah dua.
Setelah menayakan khabar bahawa itu adalah seorang dari Pasai. Maka baginda sangat murka dan memerintahkan supaya Tun Jana Khatib ditangkap dan dihukum bunuh di Hujung Pasar (sekarang Kampung Gelam). Apabila ditangkap maka dia bersumpah: "Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja. Dia hanya membayar harga keatas kezaliman itu... Dan percayalah Singapura ini akan huru hara! akan ditimpa malapetaka yang dahsyat!" Sepantas kilat petanda terus menikam sebilah keris ke arah Tun Jana Khatib! akhirnya dia tersungkur lalu rebah ke bumi.
Ketika hendak membawa jenazah Tun Jana Khatib ke tanah perkuburan, ada yang tidak kena pada jenazah Tun Jana Khatib. Dia tiba-tiba ghaib tapi darahnya masih ada dan ke mana dia pergi? Berberapa minit kemudian ribut petir menggemparkan Singapura dan disusuli dengan dentuman kuat! Rakyat terus lari menyelamatkan diri dan pergi ke tempat kejadian semula. Orang ramai mula gempar darah Tun Jana Khatib tadi telah bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk di Langkawi mula gempar kerana mayatnya telah terbaring di tepi pantai tidak lain tak bukan itu Tun Jana Khatib. Jenazahnya kemudian dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang dipanggil Makam Purba.
Dan dari peristiwa itu terciptalah sebuah pantun sebagai mengenang kesaktian Tun Jana Khatib, bunyinya:
Telur Itik di Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darah titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.

Pada suatu pagi di Singapura, nelayan mula pergi ke pantai untuk menangkap ikan tetapi orang di situ mula lari ke tengah daratan. Berberapa ekor ikan todak mula menyerang Singapura. Ramai orang di situ mula melarikan diri. Tetapi ada yang orang yang tersungkur kerana ditikam seekor ikan todak. Seorang demi seorang tersungkur dan ikan todak yang banyaknya terus menyerang sana sini. Peristiwa itu turut memeranjatkan Raja Singapura kerana ramai bilangan rakyat di situ telah terkorban. Sepantas kilat, Raja Singapura segera mengarahkan pengawalnya menyediakan seekor gajah tunggangan raja dan terus ke tempat kejadian.
Di kawasan pantai yang banyak mayat di situ terdampar tiada cara lain yang baginda buat. Maka Raja Singapura mengarahkan orang yang ada disitu terus ke tepi pantai berbaris untuk dijadikan betis masing-masing. Namun usahanya gagal. Seorang demi-seorang daripada mereka mati ditikam oleh ikan todak. Semua orang takut dan tiada harapan lagi kerana selagi gus takut dimurkai oleh Raja Singapura sebagai penderhaka kepada raja. Maka ada seorang budak yang berusia 10 tahun yang bijaksana bernama Hang Nadim. Dia terus pergi untuk menghadap raja yang berdiri di situ. Raja Singapura terus mengemukakan cadangan lain kepada Hang Nadim. Maka ada cadangan yang baik bahawa elok kita bariskan batang pisang untuk kita jadikan kubu. Akhirnya baginda mengarahkan orang yang ada di situ terus meninggalkan pantai untuk mencari batang pisang untuk dijadikan kubu. Orang yang ada di situ terus gembira apabila titah baginda disambut dengan penuh sorakan dan mula meninggalkan pantai. Mereka terus ke kebun pisang untuk mencari batang pisang lalu dibawa ke pantai. Beberapa jam kemudian batang-batang pisang yang ada di situ terus dijadikan kubu. Kubu akhirnya siap dalam masa yang terdekat.
Tidak lama kemudian kebanyakan ikan todak telah menyerang semula dan akhirnya ikan todak telah tersangkut pada batang pisang. Rakyat Singapura yang melihat kejadian itu disambut dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh. Apabila ikan todak berhenti menyerang orang ramai yang ada di situ mula ke pantai lalu membersihkan ikan todak yang durjana itu. Singapura akhirnya bebas dari serangan ikan todak. Baginda telah memuji kejayaan Hang Nadim menumpaskan ikan todak lalu baginda menjemput Hang Nadim ke istana untuk penerimaan anugerah kepadanya.
Sementara itu di istana, kebanyakkan pembesar tidak suka dengan Hang Nadim kerana apabila dah besar nanti dia akan merampas kuasa baginda dan akan memerintah Singapura pada suatu hari nanti. Raja Singapura telah mengarahkan pembesar supaya membatalkan istiadat penganugerahan dan diganti dengan perlaksanaan hukuman bunuh. Dengan mengucap salam ke atas ibunya, Hang Nadim mula pergi ke istana untuk menghadiri istiadat penganugerahan tetapi ada yang tidak kena apabila pengawal istana terus menangkap Hang Nadim. Keadaan menjadi tegang apabila dia bukannya ke balai penghadapan tetapi diseret ke tengah halaman. Tanpa berlengah masa lagi baginda mengarahkan petanda supaya melaksanakan hukuman bunuh ke atas budak itu. Anak kecil mula menjerit kesakitan apabila ditikam oleh sebilah keris lalu mati. Begitulah tadi cerita Singapura Dilanggar Todak.

Tragedi Titanic

Titanic (SS Titanic) merupakan yang kedua dari tiga kapal penumpang yang bertujuan mengawal perniagaan perjalanan merentasi Lautan Atlantik. Dimiliki oleh White Star Line dan dibina di limbungan Harland and Wolff, Titanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelancarannya. Semasa pelayaran pertama Titanic, ia berlanggar dengan aisberg pada jam 11:40 PM (waktu kapal) pada pagi Ahad 4 April 1912, dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20 AM pagi Isnin.
Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang, menjadikannya sebagai bencana laut terburuk semasa aman dalam sejarah dan paling termashyur sehingga kini. Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahawa ia “tidak mungkin tenggelam”. Ia amat mengejutkan bagi orang ramai bahawa walaupun dengan teknologi moden dan anak kapal yang berpengalaman, Titanic masih tenggelam dengan jumlah kematian yang tinggi. Keghairahan media awam mengenai mangsa terkenal Titanic, legenda mengenai apa yang berlaku di atas kapal, mengakibatkan undang-undang laut ditukar, dan penemuan bangkai kapal pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal pada tahun-tahun berikutnya.
Pembinaan
Kapal Titanic merupakan kapal penumpang kepunyaan White Star Line, dibina di limbungan Harland and Wolff di Belfast, Ireland. Kapal ini direka untuk menyaingi kapal milik syarikat Cunard Line iaitu Lusitania dan Mauretania. Titanic, bersama kapal saudaranya kelas-Olympic, Olympic dan yang akan dibina Britannic, pada asalnya dinamakan Gigantic yang bertujuan untuk menjadi kapal paling mewah dan terbesar yang pernah dibina. Pembinaan RMS Titanic dibiayai oleh hartawan Amerika, J.P. Morgan dan syarikatnya International Mercantile Marine Co., bermula pada 31 Mac 1909. Badan kapal Titanic dilancarkan pada 31 Mei 1911, dan kelengkapan dalaman disiapkan pada 31 Mac tahun berikutnya. Titanic mempunyai ukukran sepanjang 269 meter (882 kaki 9 inci) dan 28 meter (92 kaki 6 inci) lebar, seberat 46,328 tan kasar, dan ketinggian dari paras air ke geladak setinggi 18 meter (60 kaki). Walaupun ia melitupi lebih banyak ruang dan dengan tan kasar yang lebih, badan kapal Titanic adalah sama panjang dengan kapal Olympic. Titanic dilengkapi dengan dua enjin bersetentangan empat silinder, tiga pembesaran, enjin wap terbalik dan satu turbin Parsons bertekanan rendah yang menggerakkan tiga kipas. Terdapat 29 dandang yang dipanaskan oleh 159 pendiang arang batu yang mampu menghasilkan kelajuan sehingga 23 knot (43 km/j). Hanya tiga daripada empat serombong kapal setinggi 19 meter (63 kaki) yang berfungsi; serombong keempat yang digunakan sebagai pengudaraan (sengaja ditambah bagi menampakkan kehebatan kapal itu). Kapal Titanic mampu membawa 3,547 penumpang dan anak kapal dan disebabkan ia membawa surat, namanya diberikan penambahan awalan Kapal Surat DiRaja (Royal Mail Ship) (RMS) atau (Royal Mail Steamer) dan juga sebagai kapal wap - SS (Steam Ship). Untuk masa itu, kemudahan dan kemewahannya tidak dapat ditandingi. Ia menawarkan kemudahan seperti kolam renang, gymnasium, mandian Turki, perpustakaan dan gelanggang squash. Bilik umum kelas pertama dihiasi indah dengan panel kayu yang meluas, perabot mahal dan hiasan indah yang lain. Kapal tersebut turut menawarkan tiga lif untuk kegunaan penumpang kelas pertama dan, satu inovasi pada masa itu, satu lif bagi penumpang kelas dua.
Titanic dianggap kemuncak senibina laut dan pencapaian teknologi. Ia dianggap oleh majalah Pembina Kapal Ship Builders sebagai "hampir tidak mungkin tenggelam." Titanic dibahagikan kepada 16 ruang kedap air dengan pintu yang dikawal oleh kunci magnetik dan akan diturunkan hanya dengan menekan satu suis dari dek anjung kapal; bagaimanapun, pembahagian (bulkhead) tidak merentangi keseluruhan ketinggian geladak (hanya sehingga Dek-E). Titanic mampu terapung dengan sebarang dua ruang tengah dipenuhi air atau empat bahagian pertama dipenuhi air; sekiranya lebih dari itu, ia akan tenggelam.
Pelayaran pertama
Kapal Titanic memulakan pelayaran pertamanya dari Southampton, England, untuk perjalanan ke Bandar New York, New York, pada Rabu, 10 April 1912, di bawah kendalian Kaptain Edward J. Smith. Ketika Titanic bergerak meninggalkan pelabuhan, kuasa sedutan yang dihasilkan oleh kapal tersebut menyebabkan kapal penumpang New York, yang berlabuh berhampiran, putus tambatan dan ditarik begitu hampir (sekitar 4 kaki) dengan Titanic sebelum kapal tunda menunda New York dapat mengelak. Kejadian tersebut melewatkan Titanic berlepas satu jam dari jadual sebenar. Selepas menyeberangi Selat Inggeris, Titanic berhenti di Cherbourg, France, untuk menurunkan dan mengambil penumpang tambahan dan berhenti sekali lagi di Queenstown (sekarang ini dikenali sebagai Cobh), Ireland, sebelum meneruskan pelayaran ke New York dengan 2,223 penumpang.
Titanic mempunyai tiga bahagian kelas penumpang yang diasingkan. Kelas ketiga yang juga dikenali sebagai steerage, terdiri daripada kabin kecil di dek bawah, diduduki kebanyakannya oleh pendatang yang mengharapkan kehidupan lebih baik di Amerika. Kabin dan bilik umum kelas kedua yang terletak di buritan kapal adalah sama dengan kemudahan kelas pertama di kapal-kapal yang lain. Kebanyakan penumpang kelas kedua pada asalnya menempah kelas pertama di kapal yang lain tetapi disebabkan mogok arang batu, mereka dipindahkan ke Titanic. Kelas pertama merupakan bahagian paling mewah di atas kapal.
Sebahagian daripada orang yang terkenal turut belayar sebagai penumpang kelas pertama. Ini termasuk jutawan John Jacob Astor dan isterinya Madeleine Force Astor; pemilik kilang Benjamin Guggenheim; pemilik Macy, Isador Straus dan isterinya Ida; jutawan Denver, Margaret "Molly" Brown; Sir Cosmo Duff-Gordon dan isterinya, pereka fesyen, Lady Lucille Duff-Gordon; George Elkins Widener dan isterinya, Eleanor; John Borland Thayer, isterinya Marian dan anak mereka yang berusia tujuh belas tahun, Jack; wartawan William Thomas Stead; Countess of Rothes; pembantu presiden U.S. Archibald Butt; pengarang dan sosialit, Helen Churchill Candee; pengarang Jacques Futrelle, dan isterinya May, dan rakan mereka, pengarah Broadway Henry dan Irene Harris; pelakon wanita filem bisu Dorothy Gibson; dan yang lain. Turut bersama di kelas pertama adalah pengarah urusan White Star Line J. Bruce Ismay yang mencadangkan Titanic dan pembina kapal Thomas Andrews, yang turut bersama bagi memantau sebarang masalah dan menilai prestasi keseluruhan kapal baru tersebut.
Malapetaka
Ketulan aisberg yang terdapat di Newfoundland.
Pada malam Ahad, 14 April, suhu menurun sehingga tahap hampir beku dan laut tenang. Bulan tidak muncul manakala langit pula cerah. Kapten Smith bertindak kepada amaran ketulan aisberg melalui wireles semenjak beberapa hari dengan mengubah haluan Titanic ke arah lebih selatan. Pada Ahad tersebut iaitu pada 1:45 PM, pesanan dari kapal wap Amerika telah memberi amaran bahawa air batu besar terapung dalam laluan Titanic, tetapi amaran ini tidak dihantar ke dek kawalan. Lewat petang itu, satu lagi laporan mengenai ketulan air batu besar yang banyak, kali ini daripada Mesaba, turut gagal disampaikan ke dek kawalan.
Pada pukul 11:40 PM ketika berlayar di selatan Grand Banks di Newfoundland, pemantau Fredrick Fleet dan Reginald Lee melihat ketulan air batu yang besar tepat di hadapan kapal. Fleet membunyikan loceng kapal sebanyak tiga kali dan menelefon dek kawalan lalu memberitahu, "Aisberg, betul-betul di hadapan!" Pegawai Pertama Murdoch mengarahkan pusingan mengejut ke port (kiri) dan kelajuan tinggi ke belakang, yang menghentikan dan kemudiannya mengundurkan enjin kapal. Perlanggaran ternyata tidak dapat dielakkan, dan aisberg tersebut bergesel dengan bahagian kanan sisi kapal, merenggangkan badan kapal di beberapa bahagian dan melantunkan kimpalan rivet di bawah paras air sepanjang sekitar 91 m (300 kaki). Pintu kedap air ditutup apabila air mula memasuki lima bahagian kedap air pertama, lebih satu daripada apa yang dapat ditanggung Titanic. Berat lima bahagian kedap air yang dimasuki air menarik kapal ke bawah melebihi ketinggian dinding kedap air lalu membenarkan air untuk memasuki bahagian lain. Kapten Smith, merasai gegaran hentaman itu lalu menuju ke dek pengurusan dan memerintahkan berhenti sepenuhnya. Selepas pemeriksaan oleh pegawai kapten dan Thomas Andrews, jelas disedari bahawa Titanic akan tenggelam, dan sejurus selepas tengah malam pada 15 April, perahu penyelamat diperintahkan untuk disediakan dan panggilan keselamatan mula dihantar.
Bot penyelamat pertama dilancarkan, bot 7, diturunkan pada pukul 12:40 AM di bahagian kanan kapal dengan hanya 28 orang di atasnya. Titanic membawa 20 perahu penyelamat dengan keupayaan penuh 1,178 orang. Walaupun tidak mencukupi untuk membawa kesemua penumpang dan anak kapal, Titanic membawa lebih banyak bot berbanding yang disyaratkan oleh Lembaga Peraturan British (British Board of Regulations). Pada masa itu, jumlah bot penyelamat yang diperlukan ditetapkan menurut tan kasar kapal, bukannya jumlah orang yang dibawanya.
Penumpang kelas pertama dan kedua lebih mudah menuju ke bot penyelamat dengan tangga yang menuju terus ke dek bot, tetapi penumpang kelas ketiga lebih sukar. Ramai mendapati laluan dari bahagian bawah kapal sukar difahami dan menyukarkan mereka untuk sampai ke bot penyelamat. Lebih buruk lagi bagi penumpang kelas ketiga apabila pintu dikunci oleh anak kapal yang menunggu arahan bagi membenarkan penumpang naik ke geladak.

Titanic melaporkan kedudukannya pada 41° 46′ N, 50° 14′ W. Bangkai kapal dijumpai di 41° 43′ N, 49° 56′ W.
Operator radio tanpa wayar Jack Phillips dan Harold Bride sibuk menghantar kod CQD, isyarat kecemasan sejagat. Beberapa kapal menyahut, termasuk Mount Temple, Frankfurt dan kapal saudara Titanic, Olympic, tetapi kesemuanya terlalu jauh untuk sampai sebelum Titanic tenggelam. Kapal terdekat adalah RMS Carpathia kepunyaan Cunard Line yang sejauh 93 kilometer (58 batu) dan hanya sampai selepas empat jam; terlalu lewat untuk sampai ke Titanic. Satu-satunya daratan yang menerima isyarat kecemasan Titanic merupakan stesyen wireles di Cape Race, Newfoundland.
Pada mulanya, penumpang enggan meninggalkan Titanic untuk menaiki kapal penyelamat yang kecil kerana merasakan Titanic lebih selamat dan selesa serta tiada sebarang tanda yang menunjukkan mereka sedang berada dalam keadaan bahaya. Malahan, terdapat khabar di antara mereka bahawa mereka dikehendaki turun ke dalam bot penyelamat hanya sebagai syarat untuk mematuhi undang-undang yang ada dan mereka difahamkan lagi bahawa mereka akan kembali ke kapal untuk sarapan pagi kerana mereka percaya kapal tersebut tidak akan tenggelam. Ini menyebabkan kebanyakan bot dilancarkan separuh kosong dan terdapat satu bot yang mampu membawa 40 orang berlepas dengan hanya 12 orang di atasnya.
Dengan arahan "wanita dan kanak-kanak dahulu" diberi keutamaan untuk menaiki bot penyelamat, Pegawai Kedua Lightoller, yang mengisi bot penyelamat di sebelah kiri, hanya membenarkan lelaki yang diperlukan sebagai pengayuh dan tidak untuk sebab lain walaupun masih terdapat tempat kosong. Pegawai Pertama Murdoch, yang mengisi bot di sebelah kanan kapal, membenarkan lelaki naik sekiranya wanita tidak mencukupi. Apabila kapal semakin condong, penumpang mulai cemas dan sesetengah bot berlepas penuh. Pada 2:05 AM, seluruh bahagian haluan kapal tenggelam di bawah air dan ketika itu, selain dua buah bot, semua bot penyelamat yang lain telah dilancarkan.
Sekitar 2:10 AM, bahagian belakang kapal terangkat dari paras air menampakkan bilah kipas, dan pada pukul 2:17 aras air mencecah geladak bot. Keadaan semakin hangat apabila dua bot penyelamat terakhir terapung dari geladak, satu terbalik dan satu lagi separuh berisi air. Tidak lama kemudian, serombong paling hadapan jatuh, meremukkan sebahagian dek pengurusan dan mereka yang terapung di permukaan air. Di geladak, para penumpang berlari ke arah buritan atau melompat ke laut dangan harapan dapat sampai ke bot penyelamat. Bahagian buritan kapal perlahan-lahan terjungkit ke langit, dan barang-barang yang tidak terikat jatuh ke dalam laut. Semasa bahagian belakang kapal terjungkit, sistem eletrik gagal dan semua lampu terpadam. Tidak lama kemudian, tekanan pada badan kapal mengakibatkan Titanic pecah dua antara dua serombong terakhir, dan bahagian hadapan tenggelam sepenuhnya. Bahagian belakang terapung di permukaan air seketika dan terjungkit menegak. Selepas beberapa ketika, pada pukul 2:20 AM, kesemuanya tenggelam ke dalam laut.
Daripada sejumlah 2,223 orang, hanya 706 terselamat; 1,517 mati. Kebanyakan kematian disebabkan mangsa terkena hipotermia dalam air bersuhu 28 °F (−2 °C). Hanya dua daripada 18 bot penyelamat yang dilancarkan kembali untuk menyelamatkan mangsa dari dalam air selepas kapal tenggelam. Bot penyelamat 4 kembali dan menyelamatkan lima orang, dua daripada mereka mati kemudiannya. Hampir sejam kemudian, bot penyelamat 14 kembali dan menyelamatkan empat orang yang mana satu mati kemudiannya. Ada yang lain berjaya menaiki bot penyelamat yang terapung daripada geladak. Terdapat pertikaian dalam bot penyelamat lain sama ada hendak kembali, tetapi kebanyakan yang terselamat takutkan bot penyelamat mereka akan tenggelam akibat dikerumuni mangsa yang cuba menaiki bot mereka atau "ditarik" oleh Titanic yang tenggelam, walaupun sebenarnya hanya sedikit tarikan berlaku.

Mangsa dalam bot penyelamat.
Ketika kapal tersebut tenggelam ke dalam laut, kedua bahagian tersebut menjunam dalam cara berlainan. Bahagian haluan yang runcing mendatar kira-kira 609 m (2,000 kaki) di bawah permukaan dan mendarat dengan agak perlahan. Bahagian buritan bagaimanapun tenggelam dengan laju ke dasar lautan; badan kapal terburai akibat penguncupan udara yang terperangkap dalam kapal. Bahagian buritan kapal menghentam dasar pada kelajuan tinggi, terbenam jauh ke dalam lumpur.
Diselamatkan
Hampir dua jam selepas Titanic tenggelam, RMS Carpathia tiba di tempat kejadian dan mengambil bot penyelamat pertama. Dalam beberapa jam kemudian, mereka yang masih hidup di selamatkan. Di geladak Carpathia, khidmat doa ringkas untuk mereka yang terselamat dan bagi memperingati mereka yang mati diadakan, dan pada 8:50 AM, Carpathia menuju ke New York, dan tiba pada 18 April.
Apabila kehilangan jiwa disahkan, White Star Line menyewa kapal MacKay-Bennett untuk mengambil mayat. Sejumlah 338 mayat akhirnya didapati. Kebanyakan mayat dihantar ke Halifax, Nova Scotia, di mana kebanyakan mayat yang tidak dituntut dikebumikan di Fairview Cemetery.
Kesan selepas kejadian
Apabila berita mengenai malapetaka itu tersebar, ramai orang terkejut bahawa Titanic telah tenggelam dengan jumlah kematian yang begitu tinggi walaupun dilengkapi dengan teknologi yang maju. Akhbar dipenuhi berita dan gambaran mengenai malapetaka tersebut dan kesemuanya tidak sabar-sabar untuk mendapatkan berita terkini. Banyak tabung amal ditubuhkan untuk membantu mangsa dan keluarga mereka, ramai yang kehilangan orang yang merupakan punca pendapatan, atau dalam kes penumpang kelas ketiga, kesemua barang yang mereka miliki.
Penenggelaman itu memberi kesan yang mendalam kepada penduduk Southampton. Menurut Hampshire Chronicle pada 20 April 1912, hampir 1,000 keluarga tempatan terjejas secara langsung. Hampir setiap jalan di daerah Chapel bandar tersebut kehilangan lebih dari satu penduduk dan hampir 500 rumah kehilangan keluarga.
Sebelum penumpang yang terselamat tiba di New York, siasatan telah dirancang bagi mengetahui apa yang berlaku kepada Titanic, dan apa yang boleh dilakukan bagi mengelakkan dari berulang. Senat Amerika Syarikat memulakan siasatan mengenai kemalangan Titanic pada 19 April, sehari selepas Carpathia tiba di New York dengan mereka yang terselamat. Pengerusi penyiasatan, Senator William Alden Smith, ingin mengumpul gambaran penumpang dan anak kapal semasa semuanya masih jelas dalam fikiran mereka. Smith juga perlu sepina warganegara British semasa mereka masih berada di tanah Amerika. Penyiasatan Amerika berlangsung sehingga 25 Mei. Lord Mersey dilantik bagi mengetuai penyiasatan Lembaga Perdagangan British - British Board of Trade's mengenai kemalangan tersebut. Penyiasatan British berlangsung antara 2 Mei dan 3 Julai. Setiap penyiasatan mengambil kenyataan daripada kedua-dua penumpang dan anak kapal Titanic, anak kapal Californian dan pakar lain.
Para penyiasat mendapati kebanyakan peraturan keselamatan ketinggalan zaman dan dengan itu pelbagai langkah keselamatan baru dilaksanakan. Kedua-dua penyiasatan mengenai kemalangan tersebut mendapati kapten dan kapal Californian gagal memberikan bantuan sewajarnya kepada Titanic. Penyiasatan tersebut mendapati bahawa Californian lebih hampir dengan Titanic berbanding 31 km (19 ½ batu) yang dianggarkan oleh Kapten Lord dan bahawa Lord sepatutnya membangunkan operator selepas roket dilaporkan kepadanya. Disebabkan operator Californian tidak bertugas, 29 negara mengesahkan Akta Radio 1912, yang menyelaraskan komunikasi radio, terutamanya dalam keadaan kecemasan.
Kemalangan tersebut turut mendorong kepada Persidangan Antarabangsa Keselamatan Jiwa di Laut - (International Convention for the Safety of Life at Sea di London, England, pada 12 November 1913. Pada 20 Januari 1915, persetujuan ditandatangani oleh persidangan tersebut dan menghasilkan penubuhan dan pembiayaan antarabangsa Peronda Ais Antarabangsa - (International Ice Patrol), agensi Pegawai Persisiran Amerika Syarikat yang sehingga hari ini memantau dan melaporkan lokasi aisberg Lautan Atlantik yang boleh menjadi ancaman kepada laluan laut yang merentasi Atlantik. Ia turut dipersetujui dalam peraturan baru bahawa semua kapal penumpang perlu mempunyai bot penyelamat yang mencukupi bagi semua orang di atas kapal, dan latihan keselamatan yang bersesuaian dilakukan, dan semua komunikasi radio dikendalikan 24 jam sehari bersama punca kuasa kedua, agar tidak terlepas panggilan kecemasan. Sebagai tambahan, telah dipersetujui bahawa tembakan roket merah daripada kapal mestilah dianggap sebagai isyarat kecemasan.

Thursday, May 7, 2009

C.I.N.T.A................................

satu perkataan yang amat lakonik and abstrak untuk ditafsirkan.cinta juga mempunyai pengaruh dan mempengaruhi hidupan alam ini.setiap individu pasti mempunyai tafsiran sendiri mengenai cinta.ada yang mengatakan cinta itu indah,membahagiakan,amt menyentuh dan pelbagai lagi.tapi mengapa ada yang mengatakan cinta itu menyakitkan,merosakan dan pelbagai lagi.jadi hanya setiap individu itu sendiri dapat menafsirkan bagaimana cinta itu.tapi bukanlah itu yang aku mahu persoalkan disini cuma sekarang tidak mempercayai apa kuasa cinta pada kehidupan kita.kata orang cinta itu membahagiakan.contoh dalam perkahwinan,mesti perlukan cinta untuk memupuk kasih sayang.bagiku cinta tidak menjamin kebahagiaan kerana bolehkah kita sebagai manusia hidup bedasarkan cinta semata-mata tanpa duit.jadi didalam perkahwinan bagiku duit yang amat penting dan daripada duitlah baru boleh memupuk cinta.jadi cinta bukanlah benda yang penting didalam hubungan kekeluargaan dan kita sebagai masyarakat tidaklah perlu menyalahkan jika seorang lelaki atau wanita berkahwin dengan oang lebih tua sebab mereka ada wang.itu yang paling penting.
cinta juga bagiku merupakan benda yang amat berisiko.jika kita merasai keindahannya,mungkin kita akan dapat merasai kenikmatan yang amat dalam.dan jika kita dilukai oleh cinta, pasti kita akn terluka yang parah.bagiku pada ketika ini cinta amatlah menyakitkan kerana aku telah dilukai cinta.jadi bagiku biarlah cinta itu pergi selamanya dan datang bila tiba masanya.jika setiap manusia ini menghargai cinta, pasti kekecawaan itu tidak akan lahir.jadi pesananku hargaiilah cinta jika anda merasai cinta itu amat penting.dan bagiku cinta adalah benda yang tidak penting kerana yang paling penting adalah perhatian dan duit.sekian

Wednesday, May 6, 2009

Takdir?

setiap manusia pasti ada takdir mereka.tidak kira bagaimana pun hidup, ia adalah yang tertera sebagai takdir.jadi adakah kita perlu disalahkan jika kadangkala hidup didalam keadaan yang jauh dari paradigma asal.tapi bukanlah persoalan itu yang hendak diketengahkan.kita pasti akan melalui takdir kita sendiri.tapi kadang kala aku tertanya-tanya mengapakah takdir hidupku tidaklah seindah takdir hidup manusia lain.hidup didalam keadaan yang masih kelam.aku masih lagi tidak mengenal siapa diriku.aku masih lagi mencari apakah impian sebenarku.tapi mengapa aku masih lagi menanti jawapan yang masih lagi belum ada.adakah ini yang dinamakan takdir.ketika ini aku terfikir sejenak siapakah diriku,apa yang aku ada didunia ini dan apakah takdir hidupku yang sebenarnya.kadangkala aku tidak percaya takdir ini ada,dan setiap manusia itu sendiri yang membentuk dan merubah takdir mereka.tapi aku silap kerana aku memang dilahirkan sebegini.aku masih lagi mengharap agar aku dapat menemui takdir aku secepat mungkin.tapi aku tetap bersyukur sepanjng hidupku di dunia ini, aku masih lagi sinar harapan yang aku ingini.tapi bukanlah sebagai impian.apa yang aku harapkan agar diriku ini dapatlah kembali ke arah yang lebih baik dan baik kerana amat rugi jika kehidupan dan amalanku kearah yang kelam dan terus kelam ditelan kegelapan.

Tuesday, May 5, 2009

Tired > Freedom > Tired > Freedom

bermula dari hari ahad kehidupan aku terlalu memenatkan.hari tu aku baru balik dari johor dan sampai dekat kolaj, assigment aku masih belum siap.terpaksalah hari itu aku bertungkus lumus membuat assigment dari petang hingga ke malam.aku terpaksa siapkan 4 task pada malam itu juga sebab nak disubmit sebelum pukul 6 hari isnin.jadi aku tak tidur sampai pukul 5 pagi.selepas itu keesokan harinya aku bangun pukul 7 pagi untuk sambung lagi kerja yang tak siap.jadi aku punya assigment kesemuanya siap pada pukul 12 tengahari.jadi badan aku meemang penat.aku submit assigment tu pukul 5.lepas itu lecturer aku check assigment aku.banyak salah.so aku kena buat balik.bayangkan macam mana tekanan kena buat balik.debgan keadaan badan kepenatan aku buat balik assigment aku.aku buat le sampai hari ini.jadisekarang assigment aku dah siap jadi freedom yang sebenar aku dah rasai.jadi minggu ini aku akan balik ke johor dalam keadaan yang selesa

Friday, May 1, 2009

1 mei 2009. huhuhu

hari ini merupakan hari yang biasa saja.bersamaan dengan kegembiraan di hari cuti serta tekanan dihari cuti.aku cerita sikit kegembiraan di hari ini merupakan aku di tepi laut dan tengah bercamping dengan kawan-kawan aku.best juga tapi biasa sebab tempat ini aku selalu pergi.air papan, mersing. malam esok aku ada plan nak buat suprise party untuk kawan aku dan aku sedang membuat persiapan untuk esok.aku akan buat party yang bertemakan silver relax.mesti best kalau anda tengok.tapi aku tersa amat tertekan sangat sebab aku sekarang tidak siap lagi assigment organizational behaviour.lagi 3 hari saja nak hantar aku tak siap lagi.tension sangat.lagi satu dekat air papan ini aku jumpa orang yang aku gaduh minggu 3 minggu lepas.jadi faham saja masam mana kan.muka macam t**k.jadi conclusion for today is very happening but i tension to.so that all

Thursday, April 30, 2009

selamat tinggal april!!!!!!!!!

ari ni merupakan hari terakhir dalam bulan april.so my birthday akan datang lagi 21 hari.tak sabar rasanya.bila kita dah meninggalkan masa yang lalu, kita mesti memandang kehadapan untuk kejayaan.jadi kau nak membuat azam baru untuk bulan 5 supaya kesemua assigment aku akan siap seawal yang mungkin.tapi hujung bulan april ini merupakan bulan yang terlalu memenatkan sebab aku terpaksa membuat banyak assigment dan pada ketika ini aku terpaksa membuat assigment individu dan hanya ada temp0h dalam 3 hari untuk menyiapkannya.hara-harap dalam masa 3 hari ini dapat aku buat.kalo dapat merit pun tak apa.so aku dah tak nak ceriat banyak-banyak.semoga anda semua dapat berubah ke satu tahap yang lebih baik.

Wednesday, April 22, 2009

AAAAARRRGGGGHHHHH!!!!!!!!!!!

Hari ini merupakan hai yang sedikit memenatkan.dengan tekanan peperiksaan, tekanan itu, tekanan ini tapi nak buat macam mana, itulah lumrah hidup ada senang ada susah.ada terdesak ada lapang.cuma bergantung pada diri manusia itu bagaimana hendak mengatasi masalah tersebut.aku pun tidak tahu hendak bercerita lagi,tapi hari ini merupakan hari yang memang memenatkan.tapi aku percaya, kesusahan sekarang akan menjamin kesenangan pada masa hadapan

Friday, April 17, 2009

bolehlah

hari ini merupakan hari yang biasa. memang adat ada saja konflik dalam kehidupan atas dasar nak memberikan kita kekuatan diri. tidak lebih daripada itu. itu semua kuasa yang maha esa dan kita sebagai manusia hanya mengikhlaskan diri menerima dan mencari jalan yang dirahmatinya. hari ini aku agak kepenatan memikirkan peperiksaan yang bakal tiba, tapi aku tetap cool menghadapi semua itu. tidak teralu tension dan tenang. aku cume nak menasihatkan pada yang membaca ini, kita sebagai manusia perlu tabah lagi-lagi hidup dalam dunia sekarang yang moden, penuh karenah birokrasi, keadaan yang diktator dan kita per berganjak dari paradigma asal untuk menjadikan diri kita lebih baik dari sekarang. setiap hari pemikiran perlu diupdate agar menjadi matang supaya kita tidak lagi membuat keputusan yang akhirnya menyesalkan dan memakan diri.sekian

Thursday, April 16, 2009


Aku Sayang Kamu Semua!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


gambar diatas ini adalah gambar sepupu aku. aku bersyukur sangat sebab diberikan sepupu-sepupu yang happening, sporting dan paling pernting hampir semuanya mulut adik-beradik macam mulut parit. layan habis punya.aku ada ramai sepupu tapi yang aku letak gambar ni adalah yang paling rapat, kaki mesyuarat mengumpat dan semua kaki pergi karaoke le. jadi kami semua decide nak letak nama 'cousin club'. pengerusinya kakak aku yang sulung. aktiviti club ni tak le jauh sangat nak pergi sebab hampir semua tinggal diarea port dickson. jadi aktivitinya disekitar port dickson, seremban dan kawasan yang sewaktu dengannya. aktiviti yang selalu dianjurkan macam mandi laut, tengok wayang, coffee talk, main bowling, karaoke, dan macam-macam.dikesempatan ini aku nak bagitahu pada sepupsepupu aku, koranglah sepupu paling bestin the world dan aku sayang sangat pada korang.

Wednesday, April 15, 2009

Penantian

Hari berganti hari, masa kian berjalan tapi pernantian zachry masih lagi tidak kunjung tiba. Ketika ini zachry masih menanti insan yang dulu pernah membuat kehidupanya menjadi indah, bagai menikmati hidup di alam percintaan. Cuma keadaannya yang sedikit berbeza. Tapi perbezaan itu tidak semestinya menjadi punca utama untuk dipersalahkan atas percintaan yang sedikit berbeza susun aturannya. Inilah yang membuatkan kehidupan zachry semakin tertekan, dilema dan tersepit diantara kebenaran dan kancah keburukan.

April 2003

zachry masih menuntut di tingkatan 3. Oktober ini zachry akan menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. zachry masih lagi menanti kata balas dari Noraini, rakan sekelasnya yang diminatinya sejak dia mula meletakan kaki di alam persekolahan menengah. Tetapi penantian zachry terhadap cintanya itu masih lagi tidak tahu bila akan diketahui. lama kelamaan zachry sudah mula bosan dan tidak mahu lagi menanti cinta yang tidak ada jawapanya.
Zachry merupakan pelajar yang rajin, aktif didalam kokurikulum tetapi kadang kala dia agak terlalai dengan kehidupan sebagai anak remaja di sebuah sekolah ditengah bandaraya Johor Bahru. Kehidupan di asrama yang jauh dari keluarga membuatkan zachry terlalai dan menikmati cara kehidupan di asrama yang agak terserong dari acuan sebagai seorang hamba allah. Disebabkan fizikal zachry yang agak lembut dan kulit yang gelap membuatkan rakan-rakanya memanggil dia 'nyah black'. Akan tetapi sebagai manusia layakkah kita untuk menghina ciptaan tuhan seperti itu? zachry amat merasa dirinya tidak dihargai dan perasaanya terhadap kaum hawa semakin terhakis. Kadang kala masyarakat adalah punca kesalahn utama adanya golongan yang songsang dari hukum alam. Dan pada ketika inilah zachry mula memendam perasaan kepada perempuan dan lelaki. Zachry mula meminati keperibadian seorang rakanya yang juga rakan sepangkin di dalam dorm A yang bernama Zacharya.

Persoalanya adakah sebagai manusia, kita mendapat hak untuk menghukum takdir orang lain dimana manusia itu dilahirkan atas keistimewaan dan keburukan yang berbeza-beza. Memang tidak disangkal jika seseorang itu meminati kaum sendiri adalah berdosa besar dan kesalahan yang berat, tetapi perasaan, keinginan adalah anuegrah allah dan kita perlu mengubah pemikiran radikal kita bahawa golongan seperti ini perlukan satu perubahan dan ini semua adalah ujian dari-NYA untuk memastikan manusia itu dapat memilih satu jalan yang terang baginya.
Apakah yang akan zachry lakukan untuk mendapat perhatian dari zacharya?adakah jalan yang dipilih ini akan menjamin kebahagiaan..........

kisah ini masih belum berakhir dan aku akan menulis cerita ini lagi supaya kita dapat menghayati dan menghargai setiap manusia. Bukanlah niatku yang ingin menegakan benang yang basah, tetapi sekadar rasa tanggunggjawab untuk memberitahu bahawa tiada perbezaan antara manusia dimata allah. Aku akan menceritakan kisah zachry dan zacharya yang asalnya tidak ada kena mengena dengan sesiapa lagi selepas ini secara berperingkat.

Tuesday, April 14, 2009

Keluargaku



aku dilahirkan didalam keluarga yang sederhana.ayah aku bekerja sebagai polis dan mak aku bekerja merukan suri rumah sepenuh masa(tidak bekerja secara shift).aku ada 3orang kakak dan 1 0rang adik perempuan.istimewanya aku ialah aku seorang lelaki dalam adik beradik aku.tapi aku boleh mendalami masalah perempuan sebab keluarga saya lebih banayk golongan kaum hawa.ayah aku bernama mahtar bin hashim.dilahirkan oleh sum binti pandak pada 21 jun 1951 di bagan serai,perak.mak aku bernama norhayati binti othman.dilahirkan oleh leha binti yahya di port dickson, negeri sembilan, pada 4 februari 1956.setahu aku,mak dan ayah aku mula berkenalan di kluang,johor.Kakak sulung aku bernama zurainah binti mahtar.dilahirkan pada 27 mei 1978 di port dickson,negeri sembilan.kakak aku yang kedua bernama suzana binti mahtar.dilahirkan pada 12 januari 1981 di port dickson,negeri sembilan.kakak aku telah berkahwin dengan mohd akhir bin ibrahim pada tahun 2003.kakak aku telah mendapat cahaya pertama pada julai 2004 yang bernama nur amirah adila.kemudian kakak aku mendapat cahaya mata kedua pada tahun 2006 yang bernama muhammad haziq sufyan.kakak aku yang ketiga bernama naziha binti mahtar.dilahirkan di pondok polis bukit batu,kulai,johor pada 25 oktober 1982.mendirikn rumah tangga bersama asmawei bin jargasi pada tahun 2006.belum lagi mendapat cahaya mata tetapi telah kehilangan 2 cahaya mata.cahaya mata pertama akibat keguguran dan cahaya mata kedua bernama marlissa binti asmawie meninggal pada disember 2008 akibat tersedak susu.adik aku yang bongsu bernama nurafikah binti mahtar.dilahirkan pada 6 oktober 1995 di air bemban,kulai.masih lagi menuntut di tingkatan2 sek.men.keb. kelapa sawit.jadi inilah serba sedikit mengenai keluarga aku.

Wan Abdul Aziz Bin Wan Jusoh


wan abdul aziz bin wan jusoh merupakan kawan baik aku.nama timangan dia aim.kalo anda baca 'PERSAHABATAN',anda akan mengingati siapakah insan ini.nama bapa kepada aim ialah wan jusoh bin wan mamat yang berasal dari kuala terengganu, terengganu darul iman.ibu kepada aim ialah zabedah binti nazar.tapi ibunya telah meninggal pada hari jumaat, 21 jun 2001.ibunya meninggal pada tarikh lahir ayah aku.aim mempunyai 5 orang adik beradik.3 orang kakak dan seorang abang.aim merupakan anak bongsu.kakak sulungnya bernama wan juzaidah dan telkah mendirikan rumah tangga bersama mohammad halim bin abd rahman dan mempunyai 3 orang zuriat iaitu amir adam,aliah aisyah dan alif adam.kakak yang kedua bernama wan hasnah,abang yang ke3 bernama wan abdul mutalib dan kakak yang ke4 bernama wan siti hazar.kalau anda merupakan kawan saya di laman web bebas,anda akn mengenal mereka.aim dilahirkan pada 17 disember 1987 di pahang.aim mendapat pendidikan awal di tadika KEMAS air bemban,kulai.kami mendapat pendidikan diradika yang sama tetapi aku masuk pada umur aku 5 tahun.kemudian aim meneruskan pembelajaranya di sekolah jenis kebangsaan cina air bemban.aku pula di sekolah kebangsaan air manis.selepas itu,aim meneruskan sesi pembelajaran di sekolah menengah kebangsaan kelapa sawit.setahun di sek. men. kelapa sawit,dia berpindah mengikut aku bersekolah di sek. men. agama arab alquran waddin, johor bahru.setakat ini yang ingin aku perkatakan bahawa persahabatn aku bersama aim bermula sejak kecil lagi.di sek men kami nerkongsi kesusahan,kesenangan dan masalah yang sama.pada tahun 2005, kami berpindah ke sek.men. keb. tunku abdul rahman putra (x-school que haidar n mawi).kami ditempatkan dalam kelas yang sama iaitu 5 teknik 2.selepas menduduki spm,kami berdua bersama membuat keputusan untuk meneruskan sesi penbelajarn kami ke tingkatan 6.selama 2 tahun kami bersama mengambil bidang kemanusiaan keagamaan di kelas 6 rendah 5 dan 6 atas 5.awal tahun 2007,kami bekerja untuk mencari pengalaman di Seagate.aim ditempatkan di department plating dan aku di department aluminium(grind).selepas mendapat keputusan melanjutkan pelajaran di universiti,aim melanjutkan pelajaran di universiti malaysia sabah dalam bidang ijazah hubungan antarabangsa.aku masih lagi bekerja di seagate dan selepas sebulan aim di UMS,aku melanjutkan pelajaran di kolej lagenda,negeri sembilan.
semenjak dari bulan 7 2007,kami berpisah dan membuat haluan masing-masing.dan kadang kala aku terasa rindu dengan aim sebab aku sudah hampir 20 tahun berkawan dengan dia.tapi aku sedar ini hanyalah sementara.jika anda dapat bayangkan,betapa kukuhnya persahabatan kami berdua.walaupun kadang kala ada juga pergaduhan atau perselisihan pendapat,tetapi aku dan aim tidak pernak berputus tali persahabatan.aku ingin mengigatkan pada anda semua,persahabatan amat penting.jadi inilah serba sedikit latar belakang kawan karib saya.

PERSAHABATAN

kita sebagai manusia mesti akan menempuhi alam persahabatan.tapi apakah setiap kita ini tahu bagaimana hendak mengharagai nilai persahabatan.disini boleh diertikan persahabatan memerlukan kepercayaan,kejujuran dan aspek-aspek lain.
aku amat mengharagai persahabatn aku dengan aim.dialah satu-satunya kawan aku yang memahami aku,menghargai aku dan mempercayai aku.walaupun kadang kala akuy ni selalu buat salah dengan dia,tapi dia tak pernah nak mengambil serius kesalahan aku.hingga sekarang tidak ada seorang pun kawan aku yang aku akan percaya 100%.dia lah kawan aku yang sempurna.kadang kala aku tak pernah nak anggap dia sebagai kawan,tapi bagaikan adik beradik yang hubungannya tidak akan putus.
kadang kala aku dah bosan dengan kawan-kawan aku.hampir kesemuanya tidak pernah nak menghargai persahabatan.nilai kejujuran dan kasih sayang penting didalam persahabatan dan itulah yang perlu setiap manusia fikirkan.jika kita dapat menhargai nilai ini,aku yakin kita akan menikmati keindahan persahabatan.
nilai persahabatan patut menjadi benda 'ke-2' yang paling penting.nak tahu penjelasanya,
sebagai manusia perlu ada nilai sayang pada ibu bapa.itu adalah paling penting.kedua barulah persahabatan dan ketiga nilai kekeluargaan.kenapa persahabatan adalah satu nilai yang lebih penting dari nilai kekeluargaan?sebab sahabatlah tempat kita berkongsi masalah,pendapat dan rahsia.sahabat juga sama fungsi seperti diari harian tetapi perbezaan antara diari dan sahabat ialah diari adalah hak milik perseorangan.
berbalik pada persahabatan tadi,aku memang bersyukur pada ALLAH sebaba mengurniakan aku seorang sahabat yang baik seperti aim.walaupun sekarang aku dan aim dipisahkan oleh sebab mengejar masa depan,tapi aku percaya,kejadian ini pasti ada hikmahnya dan aku percaya aim juga akan menghargai aku sebagai kawan yang baik.walaupun kadang kala aku sangat merindui saat bersama seperti dulu,aku akan tetapkan tabahkan hati dan sentiasa memberi semangat pada aim
buat aim aku harap kau dapatlah mengejar cita-cita kau.hanya kau kawan yang aku paling percaya dan tidak akan ada orang lain yang akan aku percaya seperti kau.dan aku harapkan pada sesiapa yang mempunyai kawan yang sangat rapat,hargai rakan anda itu dan jangan mudah tertipu pada kawan yang mudah menipu anda

Friday, April 3, 2009

Siape le LADY LEHA ni kan

Lady Leha ni ialah my cute granny.dia ddk kt PD.umo dia........6o to 70 kot.aku pun x to sngt.nnt le aku tny k.huhu.aku ni hanya ade sorang je nenek coz nenek lg satu dah passed away.huhu.so aku nak le mengabdikan nama nenek aku ni kt dlm blog ni.so ni je le citeye.mn le lebih2.huhu

Thursday, April 2, 2009

AKU DAH BERJAYA!!!!!!!!!!!!!!

Hari yg agak membanggakan coz aku dah wat blog sendiri.so thanks pd kwn br aku,ainnur coz dia yg ajar aku wat blog ni.huhu.aku ni pun ngah dlm proses pembelajaran nak createblog ni kan.aku pun x to nak luahkan ape2 dlm ni lg coz x dpt nak pker nak cite bende pe.