? ??????????????Blue Abstract Spiral? ????? ?????? ???Rating: 4.1 (51 Ratings)??1 Grab Today. 9454 Total G
rabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Steelers Super Fan? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (171 Ratings)??1 Grab Today. 13602 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructio CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

My Physolophy

My Physolophy

Thursday, July 30, 2009

sakit mata!!!!!!!

kenapa sakit mata pula ini.tapi tak rasa sakit pun.tiba-tiba saja mata aku naik bengkak.dahlah hari dating semakin hampir,jadi pula hal macam ini.tolonglah aku takut ini......

Sunday, July 26, 2009

TANPA KEKASIHKU

Langit begitu gelap,
Hujan tak juga reda,
Ku harus menyaksikan,
Cintaku terenggut tak terselamatkan..
Ingin ku ulang hari,
Ingin ku perbaiki,
Kau sangat kubutuhkan,
Beraninya kau pergi dan tak kembali.....
Dimana letak syurga itu,
Biarku gantikan tempatmu denganku,
Adakah tangga syurga itu,
Biarku temukan untuk bersamamu.
Ku biarkan senyumku,
Menari diudara,
Biar semua tahu kematian tak mengakhiri.....
CINTA..................

MAROON 5!!!!!!!!!!!










Saturday, July 25, 2009

Tandas RM5!!!!!!Gila apa.....

kisahnya waktu aku pergi midvalley bersama kawan-kawan aku pada khamis itu hari.kami semua berjalan-jalan sebab petang itu tak ada kelas.so nak hilangkan boring,pergilah ke sana.pergi naik kereta kawan aku namanya ainnur.so parking kereta dekat the garden sebelah midvalley.so jalan sampai petang.balik dalam anggaran pukul6 sebab lepas itu kami semua ke petaling street.waktu nak balik lalulah dekat the garden.waktu tengah tunggu lift,kawan kau fadil nak pergi melepaskan hajat dekat tandas.so dia pergi tandas.mula-mula bawa rm1.beg duit suruh ain pegang.pastu tunggu dia datang balik.minta lagi duit.so lama juga dia dekat tandas.jadi dah siap segala urusan dia dekat tandas,dia bagi tahu dekat kami yang nak masuk tandas kena bayar rm5.wah!!!gila punya tempat.tandas masuk kena bayar rm5.sekampung aku sebagai orang kampung,memang terkejut dengan pembayaran masuk ketandas dengan harga rm5.conform aku tak akan menjejakkan kaki ke tandas itu.so dia cakap kalo nak free pakai tiket parking.tapi aku tetap tak puas hati masuk tanadas pakai duit rm5.tak munasabah.tempat setan betul.mentang-mentang ada isetan.gila punya tempat!!!!!!!!

Wednesday, July 22, 2009

Apa Dah Jadi!

kepada kawan-kawanku yang pernah mengikuti kisah pernantian aku minta maaf sebab aku tak dapat nak meneruskan cerita itu dalam waktu terdekat sebab aku tak dapat nak mencari ilham dan nak mebceritakan pada anda semua.tapi apabila semuanya masalah sudah kembali pulih,insyaallah aku akan menceritakan kembali.
hidup aku sekarang semakin hari semakin tertekan.dengan masalah duit pinjaman satu hal,ditambah lagi tekanan dari family aku yang asyik bertanya bila aku akan dapat pinjaman itu.memang kesilapan aku tak nak bagitahu mereka semua tentang perkara ini sebab aku tak nak mereka tertekan lagi.tapi aku pula yang makin tertekan nak menceritakan kisah selanjutnya.minta maaf semua

Thursday, July 16, 2009

Dimana peranan kerajaan.........

hari ini aku melalui hari yang amat sukar dalam hidupku.bagaikan tidak berpijak pada bumi yang nyata dan x terbang tinggi diawan.aku berada dalam keadaan yang amat tersepit diantara keluarga dan kerjaya.
kisahnya disini.aku belajar dikolej swasta di negeri sembilan.aku macam ditipu oleh pihak pengurusan yang berjanji kepada parents aku bahawa aku akan menjadi pelajar dibawah tajaan MARA.tapi dah hampir setahun aku belajar, tak ada khabar dan berita terkini mengenai pinjaman aku.pihak pengurusan kolej beritahu permohonan aku masih lagi diproses.so berapa lama lagi nak diproses.aku pun mengambil langkah ke pejabat MARA di kuala lumpur dengan 3 orang kawan aku yang senasib dengan aku pergi ke MARA.jadi kitorang pergi.sampai saja dekat pejabat MARA dia kata kolej kena blacklist.so dia x kan proses pinjaman untuk pelajar-pelajar.kenapa mesti kitorang semua dikenakan atas kesalahan kolej pada pihak MARA.mana fungsi MARA yang berkhidmat untuk rakyat.jangan hanya kerana saya dan kawan-kawan belajar di kolej swasta diketepikan dan pelajar ipta diberi layanan.sekurang-kurangnya peka terhadap persekitaran dan masalah rakyat.jangan salahkan rakyat jika rakyat memandang MARA tidak akan memberi manfaat dalam hidup.penuh dengan karenah birokrasi.jika golongan muda sekarang dibiarkan terumbang-ambing sekarang,jangan pula nanti golongan ini yang akan mengecam n]kembali MARA
pihak kedua yang aku ingin persoalkan sekarang adalah kerajaan yang dipimpin oleh datuk seri najib.dimana kehebatan dan kehandalan beliau sebagai pemimpin tertinggi jika keadaan seperti ini berterusan.bukan hanya pada aku sahaja tapi pada ramai pelajar belia dinegara ini yang tidak dapat tempat di ipta.juga jangan hairan jika kerajaan sekarang sudah mula terumbang ambing kerana kebanyakkan remaja sekarang sudah mula hilang kepercayaan pada kerajaan.mungkin kerajaan boleh bergantung sokongan daripada belia yang daripada ipta tapi berapa ramai remaja di ipta akan menyokong kerajaan.sedangkan remaja sekarang akan menjadi penentu pada masa depan kerajaan.sedangkan kebanyakkan dana kerajaan sekarang diberikan pada felda.kenapa mesti felda yang mendapat banyak dana.mungkin kerana 'pemimpin' kita ini berasal dari felda.sekaranglah bagi aku,aku dah naik meluat dengan orang felda.balik-balik felda.apa bagus sangat dengan felda.sedar tidak orang felda sekarang dah hidup senang.tengoklah pula pada rakyat luar bandar dan bandar.apa kepentingan yang mereka dapat.entahlah.kerajaan sekarang lebih banayk kekurangan.aku pun dah hilang kepercayaan pada kewibawaan pada kerajaan.

Monday, July 13, 2009

Kamulah Wanita Tercantik Sekali








Entahlah...

hari ini aku daftar untuk semester pembelajaran yang baru.tapi yang tak best tentang semester ini ialah aku punya subjek banyak gila jam kredit dia.jadi jadual padat habislah.so kurang rehatlah aku pada semester ini.tapi apa yang aku harap moga-moga semester ini aku dapat mempertingkatakan result aku yang semakin ditahap yang membimbangkan.mungkin kawan-kawan aku nanti dapat membantu.cuma yang aku risaukan adalah pinjaman pembelajran aku ini.hampir setahun masih lagi tak nampak bayang-bayang untuk dapat.itu yang paling aku risaukan sangat.nak buat macam manalah.harap-harap segala masalah ini akan selesai secepat yang mungkinj dan aku dapat menarik nafas lega sebab segalanya selesai.pada semua-semua yang baca ini,doakan aku punya permohonan aku dpat diselesaikan segera.sekian.

Sunday, July 12, 2009

Apalah yang kurangnya....

saat aku menulis blog ini,aku baru je sampai di kolej dari kampung halaman di johor bahru.alhamdulliah segalanya berjalan lancar.hari ini juga kawan baik aku balik kesabah kerana sudah menghabiskan cuti semestarnya.rindu pula aku padanya sebab dah lama melakukan pelbagai aktiviti bersama darilah jalan sampai tengok transformers dan ice age berkali-kali.kebetulan aku nak mengucapkan tahniah pada produksi tramsformers kerana melahirkan satu filem yang benar-benar berkualiti tanpa cacat celanya dan pengamatan aku pada filem tersebut adalah hampir sempurna dan cerita yang paling terbaik sepanjang hidupku.aku memberikan 5 bintang KEATAS pada filem tranformers sebab kehebatan perjalanan dan terdapat pelbagai unsur perasaan diselitkan.dan pada filem kartun ice age,ia merupakan kartun yang amat menghiburkan dan 5 bintang untuk filem ice age.tiada kesudahan lawaknya yang membuatkan boleh terkeluar isi perut kerana lawaknya yang memang menghiburkan.so bagi aku amatlah rugi pada anda-anda yang tak menonton filem-filem ini diwayang sebab ia amat menghiburkan dan kenikmatannya amat dirasai walaupun berbelanja lebih.so kalau setakat tengok dekat dvd ke,download ke memang anda semua tak dapat merasai kenikmatan transformers.memang rugi yang amat.
tapi bukanlah itu yang aku nak kongsikan tapi hanya sedikit permasalahan aku dengan ahli kelaurga terdekat yang tak senang melihat aku berkawan.seperti yang pernah aku ceritakan dulu,aku tak tahu kenapa dan mengapa mereka-mereka semua itu tak suka melihat aku berkawan.so aku dah tak tahu nak cakap apa sebab mereka semua dah mendorong aku membuat keputusan untuk menghargai hubungan persahabatan dari hubungan kekeluargaan.bagi aku sebagai ahli keluarga mereka-merekan pelru menyokong aku dalam keputusan yang aku buat.aku tak merasakan semua itu salah dan masih lagi rasional.mengapa ianya perlu diperbesarkan.kadang kala pemikiran kita perlu berubah dan kita perlu mendengar atau kadang kala akur jika keputusan kita itu bukanya sentiasa betul.kalau kita dilahirkan dalam keadaan yang sentiasa betul jadi bolehlah digolongkan seperti maksum,yang tidak mempunyai cacat celanya dan dilindungi dari melakukan dosa.tapi hakikatnya kita adalah manusia yang pasti membuat kesilapan.jika kita tak cuba mencambil setiap pandangan mata orang pada diri kita,adakah layak dipanggil matang.fikirkan sendiri dan tanya pada diri dan hati adakah benar apa yang kita buat itu.
jadi aku hanya mengharapkan hubungan yang ada ini janganlah dikeruhkan oleh sifat-sifat yang tidak matang dan fikirkan secara dewasa setiap masalah.dan daripadaku,jadilah manusia yang sentiasa sedar akan kekurangan dan bukannya menjadi manusia yang bangga dengan diri sendiri alukerana lama kelamaan orang akan mula hilang rasa hormat sebab terlalu ingin berada diatas.....

Tuesday, July 7, 2009

selamat datang julai!!!!

minta maaf sebab aku sedang bercuti ketika ini jadi laman blog ini tidak diisi dengan cerita yang baru.tapi hari ini aku berkesempatan untuk berkongsi cerita,masalah dan pelbagai lagi.tapi sebelum aku melangkah lebih jauh lagi aku nak ucapkan selamat menyambut bulan julai pada anda semua dan happy birthday to my beloved nephew,nur amirah adilah yang menyambut hari lahir ke 5 tahun.semoga mira sayang akan kekal sihat dan cute sentiasa.dan juga tahniah kepada kawan aku shakila yang dapat menyambung pelajaran dalam bidang perguruan di UPM.tahniah sebab telah setahun menunggu peluang ke universiti.pelbagai yang berlaku sepanjang julai ini tapi biarlah ia kekal berlalu apa yang penting kita mulakan julai dengan harapan yang baru.