? ??????????????Blue Abstract Spiral? ????? ?????? ???Rating: 4.1 (51 Ratings)??1 Grab Today. 9454 Total G
rabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Steelers Super Fan? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (171 Ratings)??1 Grab Today. 13602 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructio CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

My Physolophy

My Physolophy

Friday, June 19, 2009

pengenalan kepada Presiden Obama Perubahan dalam polisi luar BUSH?

PENGENALAN
DEMOKRAT MENGUASAI WHITE HOUSE

Tanggal 4 November 2008, merupakan hari bersejarah bagi seluruh Amerika malah juga di seluruh dunia. Suatu perubahan yang dijangka mampu mengubah landskap politik antarabangsa kerana segala perubahan yang berlaku di Amerika memberi kesan kepada semua negara di dunia. Hal ini kerana Amerika merupakan kuasa hegemoni yang menguasai struktur politik antarabangsa dan membentuk struktur unipolar iaitu hanya wujud satu kuasa dominan yang menguasai struktur politik antarabangsa iaitu Amerika itu sendiri ,oleh itu setiap perubahan yang berlaku di Amerika memberi kesan kepada seluruh dunia. Sebagai contoh, polisi luar Presiden Amerika yang ke-43 iaitu George W Bush yang mengamalkan dasar agresif ke atas negara yang dianggap bersekongkol dengan pengganas seperti Afghanistan dan Iraq mendorong pentadbiran Bush melancarkan perang ke atas negara - negara terbabit. Kesan langsung dari perang tersebut adalah ketidakstabilan domestik negara-negara terbabit dan kenaikan harga minyak yang mendadak dalam pasaran dunia . Menurut Lawrence C. Dodd “The New America Politics” bahawa menjadi kebiasaan bagi seseorang Presiden Amerika Syarikat sejak dari berakhirnya era perang dingin sehinggalah sekarang , jawatan presiden adalah institusi yang paling bertanggungjawab untuk melindungi negara dari serangan komunisme dan jarinya sentiasa bersedia pada butang pelancaran senjata nuklear .

Tetapi pada tanggal keramat 4 November , slogan ”yes we can” dan “we need Change” (kami mahukan perubahan ) bergema di seluruh Amerika . Kejayaan Barack Hussein Obama II calon dari parti Demokrat menewaskan calon dari parti Republikan iaitu Senator John McCain dengan mendapat sokongan 365 undi berbanding McCain yang hanya mendapat 173 undi dalam pilihanraya pada tahun lalu mengundang pelbagai reaksi positif dan negatif dari dalam dan luar negara. Ramai berpendapat bahawa kejayaan Barack Obama menjadi Presiden Amerika yang ke - 44 mampu membawa perubahan kepada polisi atau dasar luar Amerika semasa di bawah pentadbiran Bush yang dilihat bersifat agresif. Mungkin berdasarkan kata-kata Obama sendiri dalam ucapan meraikan kemenangan beliau didepan ribuan penyokong beliau di Chicago’s Grant Park iaitu “change has come to America” (perubahan telah tiba di Amerika) menjadi bukti perubahan yang bakal berlaku semasa pucuk pimpinan beliau.

Barack Obama

Barack Hussein Obama II adalah presiden Amerika Syarikat yang ke – 44 dan memegang jawatan Presiden pada 20 Januari 2009 . Beliau merupakan Presiden Amerika yang pertama yang berasal dari keturunan Afro – Amerika. Beliau dilahirkan pada 4 Ogos 1961 di Kapiolani Medical Centre For Women And Children di Honolulu Hawaii . Ibunya bernama Stanley Ann Dunham seorang yang berkulit putih berbangsa Eropah Amerika berasal dari Wichita, Kansas manakala bapanya Barack Obama Sr berasal dari Kenya . Kedua Ibu bapanya tinggal berasingan dan bercerai pada 1964 ketika Obama berusia 3 tahun . Selepas penceraian tersebut, Ibunya mengahwini seorang pelajar berbangsa Indonesia iaitu Lolo Soetoro yang sedang menuntut di sebuah kolej di Hawaii. Apabila Suharto memegang kuasa, beliau mengubah dasar pelajaran dengan memanggil kesemua pelajar – pelajarnya di luar negara untuk pulang ke Indonesia . Obama kemudianya ke Honolulu, Hawaii dan tinggal bersama datuk dan nenek kandungnya iaitu Medelyn dan Stanley Armour Dunham. Walaubagaimanapun ibunya masih tetap tinggal di Indonesia . Beliau meneruskan persekolahan di Ponohou School sehinggalah menamatkan pelajaranya pada 1979. Ibunya kemudian kembali ke Hawaii pada 1972 dan tinggal di sana selama 5 tahun sebelum kembali ke Indonesia pada tahun 1977 kerana beliau bertugas sebagai pengkaji dalam bidang antropologi .Beliau kembali ke Hawaii pada 1994 dan meninggal dunia setahun kemudian kerana disahkan menghidapi Kanser Ovari. Zaman remaja Obama tidaklah seperti yang disangka bagi bagi seorang pemimpin .Beliau mengakui bahawa beliau pernah terlibat dengan masalah ketagihan alkohol ,marijuana dan kokain .Beliau menganggap tempoh remajanya sebagai “the greatest moral failure” (kegagalan moralnya yang paling hebat).Hal ini disebabkan beliau tertekan terhadap persoalan siapakah dirinya yang sebenar kerana menurutnya bapanya berkulit sangat hitam manakala ibunya berkulit putih seperti susu ,ini termasuklah juga orang – orang di sekelilingnya. Menurut bekas rakan-rakanya semasa sekolah ,Obama adalah seorang yang matang seiring dengan usianya. Beliau sering mengikuti parti-parti yang dianjurkan bertujuan untuk bergaul dengan pelajar-pelajar kulit hitam dan golongan tentera.

Latar Belakang Pendidikan dan Karier

Obama memulakan asas pendidikannya dengan belajar di sekolah-sekolah rendah di Indonesia seperti Besuki Public School dan St Francis Of Asisi School . Beliau kemudian belajar di Hawaii sehingga menamatkan pelajaran pada tahun 1979. Beliau kemudian berpindah ke Los Angeles dan menyambung pelajaran di Kolej Occindental selama dua tahun dan meneruskan pelajaranya di Universiti Columbia ,New York .Beliau mengambil bidang Sains Politik dan memilih pengkhusususan dalam Hubungan Antarabangsa. Beliau menamatkan pengajian beliau pada 1983 dan bekerja selama setahun di Business International Cooperation dan New York Public Interest Research Group. Obama kemudianya meneruskan pengajianya dalam bidang undang-undang di Sekolah Undang-Undang Harvard (Harvard Law School) pada tahun 1988. Semasa penghujung tahun pertama pengajianya , beliau telah dipilih sebagai editor bagi jurnal Harvard Law Review dan menjadi presiden pada tahun kedua . Beliau merupakan pelajar kulit hitam pertama yang mendapat pengiktirafan untuk memegang jawatan tersebut .Berikutan itu , beliau mendapat perhatian masyarakat umum sehingga beliau ditawarkan kontrak untuk membuat penulisan tentang hubungan kaum di Amerika .Manuskrip tersebut diterbitkan pada pertengahan tahun 1995 berjudul “Dream Of My Father” Barack Obama juga pernah menjadi profesor di Sekolah Undang-Undang Universiti Of Chicago. Beliau menjadi pensyarah dalam subjek undang – undang perlembagaan . Beliau menjadi pensyarah pada tahun 1992 hingga 1996 dan kemudian dinaikkan pangkat kepada pensyarah senior dari tahun1996 hingga 2004. Semasa tempoh ini beliau pernah menyertai Davis, Miner, Barnhill dan Galland sebuah firma guaman yang memiliki kepakaran memprtahankan dalam hak - hak kemanusiaan dan pembangunan ekonomi kejiranan . Obama dipilih menjadi Senator Illinois pada tahun 1996 mengantikan Senator Alice Palmer di daerah ketigabelas Illinois . Beliau mendapat sokongan dari golongan bipartisan kerana dasar beliau yang memperbaharui undang-undang berkaitan etika dan penjagaan kesihatan. Pada Januari 2003 , beliau terpilih sebagai pengerusi jawatankuasa senat untuk kesihatan dan kerja manusia bagi Illinois .Ini merupakan kali pertama bagi wakil dari Demokrat memegang kuasa dalam senat Illinois setelah sedekad menjadi golongan minoriti .Obama meletak jawatan apabila beliau dipilih sebagai Ahli Senat pada 4 Januari 2005. Pada 10 Februari 2007, Obama menyatakan bahawa beliau ingin bertanding jawatan presiden bagi calon Demokrat yang menyaksikan menewaskan seorang lagi calon parti Demokrat iaitu Hillary Clinton .
Polisi Luar Bush

Sebelum mengutarakan tentang polisi luar yang bakal diimplementasikan oleh Presiden Obama ke atas pentadbiranya , saya cuba menilai polisi luar yang dijalankan semasa pentadbiran presiden Amerika yang ke-43 iaitu George W Bush untuk melihat adakah terdapat perbezaan dalam polisi luar kedua – dua presiden ini.

Berdasarkan kata-kata David Halberstam iaitu bekas penasihat dasar luar pentadbiran Bush Sr. “Bush number two was composed of men –and now women” .Beliau melihat bahawa pentadbiran Bush Jr yang memegang kuasa pada 20 Januari 2001 adalah terdiri dari dua tempoh iaitu tempoh pertama ialah dasar luar yang lebih lembut, sebagai contoh insiden sebuah kapal terbang pengintip milik Amerika yang ditawan oleh pihak tentera China yang menjadi penyebab kepada berlakunya krisis dengan China. Pentadbiran Bush menggunakan pendekatan yang lebih neutral dengan meminta maaf terhadap kerajaan China. Tempoh kedua pula melihatkan pendekatan yang lebih agresif berikutan serangan pengganas terhadap World Trade Centre (WTO) pada 11 September 2001. Sebagai reaksi kepada peristiwa tersebut , orientasi dasar luar Bush menjadi lebih ekstrim dan agresif dalam perangnya terhadap “keganasan” . Memetik kata-kata Setiausaha Luar Amerika pada ketika itu iaitu Condoleezza Rice yang mengulas mengenai dasar luar Bush semasa peristiwa 11 September “saya merasakan bahawa tempoh ini adalah sama ketika 1945-1947 (tempoh perang dunia ke-2) bahawa perkara ini menunjukkan bahawa terdapat anacaman global kepada semua negara .Ini menyebabkan berlakunya perubahan dalam keadaan politik antarabangsa dan meletakkan kepentingan Amerika dan institusinya dalam bahaya dan pelu segera disekat” Musuh –musuh Amerika yang baru iaitu Osama Bin Laden , Al- Qaeda, Saddam Hussein , dan pengganas telah mengantikan musuh lama iaitu Komunisme .

Polisi Bush adalah berasaskan halangan , penyekatan (containment) dan serangan awal mengejut(preemptive strike) terhadap ancaman pengganas di seluruh dunia. Oleh itu pentadbiran Bush telah menguatkan lagi pertahanan dan menekankan kepada “keselamatan tanah air”(homeland security) sebagai suatu usaha untuk membezakan antara musuh dan kawan serta penggunaan kekuatan ketenteraan di luar negara terutamanya di Iraq dan Afghanistan. Secara orientasinya , strategi Bush adalah relevan dengan badan –badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melihat bahawa sokongan antarabangsa berfungsi sebagai tekanan .Demokrasi dan liberalism akan berkembang ke seluruh dunia dengan menekankan penggunaan serangan awal . Mengikut pandangan beberapa penganalisis ,polisi ini dikenali sebagai doktrin Bush .

Polisi Luar Obama

“ I’m asking you to believe , not just my ability to bring about real change in Washington , I’m asking you to believe in yours” kata-kata Obama yang meperlihatkan bahawa beliau ingin melakukan perubahan dalam pentadbiran dan polisi Amerika dengan sokongan dari rakyat Amerika dan masyarakat antarabangsa.

Antara dasar pembaharuan yang cuba dilaksanakan Obama ialah dengan memperbaharui polisi luar Amerika semasa pentadbiran Bush .Beliau dilihat bersikap optimis dan kurang mengunakkan pendekatan ketenteraan sebagai polisi utama Amerika supaya bersesuaian dengan cabaran pada abad ke -21 , membina kembali pengukuhan diplomasi dengan sekutu-sekutunya dan sedia menggunakan pendekatan yang neutral terhadap musuh-musuhnya. Berdasarkan itu Obama dan Joe Biden (Timbalan Presiden) menolak usul Kyl-Lieberman sebagai suatu polisi untuk mengelakkan serangan dari Iran dengan menempatkan tenteranya di Iraq (polisi ini diaplikasikan di bawah pentadbiran Bush) . Obama juga percaya bahawa kongres Amerika bersikap tidak rasional dengan meluluskan cadangan pentadbiran Bush untuk meneruskan perang Iraq dengan menyerang Iran di bawah usul ini. Obama juga cuba untuk memperbaiki imej Amerika di mata dunia kerana Amerika kini terperangkap dengan pendekatan diplomasi Bush yang enggan mengadakan rundingan atau perbincangan dengan musuh-musuh Amerika .Menurut beliau , hal ini akan menafikan peluang Amerika untuk berkembang dan meyukarkan Amerika untuk mendapat sokongan antarabangsa .

Kebimbangan terhadap kehilangan atau kecurian bahan – bahan pembuatan senjata nuklear ke tangan pengganas menjadi antara isu utama yang cuba diselesaikan Obama . Hal ini mungkin sebagai reaksi Obama kepada kritikan Dick Cheney iaitu bekas timbalan presiden Bush terhadap dasar Obama yang anti keganasan akan menyebabkan Amerika terdedah kepada serangan pengganas . Beliau mengulas bahawa Obama akan menyesal kerana ideanya untuk menutup kem tahanan Guantanamo di Cuba dan menamatkan polisi Bush yang menangkap dan menyoal siasat suspek yang dipercayai terlibat dalam usaha untuk melakukan keganasan ke atas Amerika. Reaksi dari itu, beliau melihat bahawa penghasilan senjata nuklear global perlu dikurangkan atau dihentikan kerana ini dapat mengelakkan berlakunya kesilapan atau kehilangan bahan pembuatan nuklear (bimbang dicuri oleh pengganas) . Beliau juga mempunyai pandangan yang jelas terhadap isu berkaitan pengawalan penggunaan senjata nuklear . Beliau menyatakan akan melakukan penambahbaikan dalam Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear atau NPT (Nuclear Nonproliferation Treaty) supaya negara-negara seperti Korea Utara dan Iran yang melanggar perjanjian tersebut akan dikenakan tekanan antarabangsa.Walaubagaimanapun , polisi ini dilihat bersifat berat sebelah kerana Israel yang memulakan program nuklearnya sejak 1956 lagi tidak dikenakan tekanan . Program nuklear Israel bermula apabila Perancis secara rahsia bersetuju untuk menjual sebuah reaktor nuklear kepada Israel. Israel dikatakan sudahpun memiliki keupayaan seratus hingga dua ratus kepala peledak nuklear dan masih disembunyikanya dari pengetahuan dunia . Obama juga melihat perlunya sebuah dunia tanpa senjata nuklear untuk mencapai keamanan . Kerjasama dengan Rusia diperlukan untuk mengurangkan stok simpanan senjata nuklear kedua-dua buah negara . Walaupun perkara ini dilihat mampu mengurangkan kekuatan kedua-dua buah negara namun secara tidak langsung keamanan dapat dicapai kerana sebagai kuasa hegemoni Amerika perlu meyusun kembali struktur politik antarabangsa dengan melaksanakan larangan terhadap pemilikan senjata nuklear oleh negara – negara lain .

Tentang hubungan Amerika – Israel , Obama menyatakan bahawa beliau menyokong kuat hubungan dengan sekutu kuatnya di Asia Barat itu. Semasa perang Israel-Lubnan Julai 2006 , Obama menyokong kuat tindakan Israel kerana beliau berpendapat bahawa Israel berhak mempertahankan diri dari serangan Hezbollah. Pendirian ini dilihat tidak berbeza dari pentadbiran Bush yang sebelum ini juga menjadi penyokong kuat Israel . Beliau juga menyokong bantuan kewangan tahunan kepada Israel berkaitan ekonomi dan ketenteraan iaitu kerjasama dalam membangunkan sistem peluru berpandu pertahanan

KESIMPULAN

Kejayaan Barack Obama menjadi presiden Amerika yang pertama berasal dari keturunan Afro-Amerika mencipta sejarahnya yang tersendiri. Ini memperlihatkan bahawa suasana politik di Amerika telah melalui fasa perubahan yang ketara kerana golongan berkulit hitam kini mendapat tempat dalam sistem pentadbiran Amerika kerana sehingga kini lebih dari lima ratus orang Datuk Bandar dilantik dari golongan Afro Amerika .

Polisi Obama menimbulkan banyak reaksi samada positif dan negatif . Sebagai contoh ,seorang penganalisis politik luar dari Iran iaitu Hossein Derakhshan menyatakan tidak banyak perubahan akan berlaku dalam pentadbiran Obama kerana beliau melihat dasar Obama yang akan terus mengerakkan “NED” (non-profit National Endowment for Democracy) iaitu organisasi yang tidak berkeuntungan yang diwujudkan untuk mengembangkan Demokrasi. Menurut beliau , pertubuhan ini pernah merancang untuk menjatuhkan Presiden Venezuela tetapi gagal. Walaubagaimanapun pertubuhan ini berjaya mencetuskan revolusi di Georgia dan Ukraine (negara bekas Soviet) sehingga menjadi sekutu Amerika yang kuat .Oleh itu beliau melihat , pentadbiran Obama tidak akan banyak berbeza dengan pentadbiran Bush walaupun Obama menolak penggunaan ketenteraan .

Kesimpulanya , persoalan mengenai perubahan dasar yang bakal berlaku di bawah pimpinan beliau tidak dapat dijawab secara objektif . Hal ini kerana tidak begitu banyak tindakan yang boleh dilakukanya selepas beberapa bulan dilantik menjadi presiden namun begitu, impianya untuk melihat dunia yang aman adalah suatu yang murni dengan berdasarkan tindakanya menutup Kem Tahanan Guantanamo mungkin menjadi perintis kepada perubahan yang bakal berlaku . Selaku pemimpin sebuah kuasa hegemoni, setiap tindakanya, polisinya dan pemikiranya memberi kesan kepada semua negara .oleh itu, Obama perlu bersikap rasional dalam setiap dasarnya dan memimpin dunia ke arah yang lebih baik .

0 comments: