? ??????????????Blue Abstract Spiral? ????? ?????? ???Rating: 4.1 (51 Ratings)??1 Grab Today. 9454 Total G
rabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Steelers Super Fan? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (171 Ratings)??1 Grab Today. 13602 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructio CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

My Physolophy

My Physolophy

Monday, June 8, 2009

Penantian (2)

Mei 2003

zacharya merupakan pelajar yang agak menarik untuk diperhatikan.dengan wajah yang berpetak, putih, rambut yang kemas tetapi agak sedikit berjerawat.walaupun begitu dia merupakan pelajar lelaki yang dapat mencairkan hati setiap wanita tatkala percakapannya yang jujur, bersopan santun dan amat menghargai wanita.mungkin kerana anak sulung daripada 4 orang adik beradik yang membuatkan tutur lakunya yang lebih matang dari rakan-rakanya.tetapi itu bukanlah satu penghalang padanya untuk bergaul bersama anak remaja seangkatan dengannya.tetapi zacharya ini mempunyai kekurangan kerana selalu terpengaruh dengan rakan-rakqan dalam satu hal,memanjat pagar asrama pada waktu tengah malam.walaupun kematangan berjaya dipupuk tetapi jiwa membara remaja yang ada pada zacharya kadang kala membuatkan dirinya terhanyut seketika

zachky dan zaharya sejak akhir-akhir ini agak rapat.kesana-sini berdua kerana zacharya mempunyai muslihat dan ingin memafaatkan zachky.tapi bukanlah muslihat yang kearah keburukan.disebabkan sifat zachky yang agak lembut dari budak lelaki yang lain,membuatkan zachky amat disenangi oleh golongan perempuan disekolah itu.tetapi itu bukan bermakna zachky itu seperti pondan.zachky juga mempunyai sifat meminati kaum hawa juga seperti rakan-rakan yang lain.

zacharya meminati seorang pelajar perempuan yang bernama zahidah atau dupanggil bedah oleh semua rakannya kerana sifatnya yang sempoi,open minded, dan sedikit becok tetapi bedah adalah pelajar yang baik kerana tidak berpura-pura.bedah merupakan rakan sekelas kepada zachky dan rapat dengan zachky sebab zachky adalah kawan yang selalu melindungi dan menasihati bedah,oleh sebab itu zacharya ingin meminta pertolongan kepada zachy untuk mengenali hati bedah dengan lebih dekat.

zacharya pun ada juga memberitahu hasratnya pada zachky.disebabkan zachky merupakan pendengar yang baik membuatkan zacharya memberitahu segala hasratnya.zachky pula memberitahu pada bedah bahawa ada seorang lelaki minat padanya.badah juga merasa terkejut dan ingin mengaetahui siapakah gerangan jejaka yang dikatakan.tetapi kenakalan zachky yang pandai membuat rancangan.zachky pun merancang satu blind date untuk si pasangan ini.tetapi rancangan yang diatur hancur berkecai dan disusuli oleh pertelingkahan kerana bedah mempunyai konflik dengan bekas teman wanita zacharya yang bernama nabila.nabila pernah bercinta monyet sebentar dengan zacharya tetapi perhubungan mereka terputus akibat sifat playgirl yang ada pada nabila.oleh itu bedah mula menolak zacharya secara bulat-bulat.

zacharya mula berasa kecewa dengan kekalahan yang diterima.hidup zacharya mula tidak tentu kerana kecewa dengan kekalahan memenangi hati wanita yang diinginkan.zachky yang juga kawan sebilik dengan zacharya mula memberikan kata-kata ransangan serta semangat pada zacharya.zachky banyak memenuhi kekosongan hidup zacharya.sebelum tidur zachy akan berborak dengan zacharya setiap malam dan bercerita tentang diri mereka sesama sendiri.mereka sudah mulai rapat dan sentiasa berkongsi masalah.

jadi pengajaran yang ingin diketengahkan pada episod ini adalah supaya kita sebagai manusia sentiasa mempunyai perasaan dan memahami maksud serta nilai perasaan.jika kita sebagai perempuan dan mempunyai masalah seperti bedah dan nabila itu,janganlah sehingga akan menghukum orang lain.jika kita menghukum orang lain akibat pertelingkahan dengan kisah silam seseorang itu.sedar tidak kita sebagai masyarakat juga memberikan faktor lahirnya golongan seperti ini.aku rasa tidak perlu menceritakan kemesraan antara mereka sebab ingin menjaga aib dan menghormati sesiapa yang mengikuti kisah ini.dan jika ingin menjadi kawan yang baik pada setiap orang cubalah menjadi pendengar yang baik dan dapat memahami keadaan situasi setiap insan ini.jika kita menjadi pendengar yang baik,saya yakin setiap orang yang anda kenali akan berasa selesa untuk berkongsi masalah dengan anda dan secara tidak lansung dapat mematangkn diri ini.....

0 comments: