? ??????????????Blue Abstract Spiral? ????? ?????? ???Rating: 4.1 (51 Ratings)??1 Grab Today. 9454 Total G
rabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Steelers Super Fan? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (171 Ratings)??1 Grab Today. 13602 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructio CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

My Physolophy

My Physolophy

Friday, June 19, 2009

Mampukah Kita Mengubahnya

Tadi petang aku tertidur.aku termimpikan seseorang yang dulu pernah ada didalam hati ini.entah mengapa tiba-tiba dia datang dalam ingatan aku.aku pun dah mula nak melupakan dia sebab aku dah amat terluka dengan perhubungan dengan dia.tapi semenjak petang tadi aku rasa mata rindu dan sayang dekat dia.

aku akan ceritakan mengenai dia.dia merupakan kawan baik aku di sekolah menengah ketika kami ditingkatan tiga.aku mula menyukainya dan kami pun rapat dan decide untuk menjalinkan hubungan yang lebih lanjut.ketika itu aku mulai merasakan diriku diawangan,begitu indah rasanya mencurahkan perhatian dan kasih sayang padanya.setipa saat bersamanya aku rasakan amat berharga dan kau bagaikan mahu sahaja masa itu berhenti supaya aku dan dia kan tetap bersama melayari detik indah bersama.tapi bila aku dan dia naik ke tingkatan 4,dia pun keluar dari asrama dan berulang-alik ke sekolah.aku rasa mat kecewa sebab waktuku bersama dia dulu hendak aku rasai lagi pada tahun itu.tapi takdir tetap menentukan jadi perhubungan aku mula dingindari awal tahun 2004 sehingga mei.ketika suatu hari aku dan dia mula membina kembali benteng kasih sayang kami bersama.walaupun dalam keadaan yang terbatas, kau masih ;agi bersyukur kerana dapat menyanyangi dan memberikan kasih sayang aku pada dia.tapi dunia tak selalunya cerah.di tingkatan 5 entah mengapa jiwa kau menjadi keliru.aku pun berpindah ke sekolah luar.aku bersekolah di kawasan umah aku.semenjak itu hubungan kami tiba-tiba terputus.dia pun telah membina diri dia sendiri.aku telah mula terputus hubungan dengan dia.hanya aku tahu dia mencapai kejayaan dalam satu peperiksaan melalui surat khabar.ketika itu kau sangat gembira melihat dia berjaya.walaupun hanya kelihatan digambar kecil tapi kegembiraan aku dpat amat bermakna.jadi dia melanjutkan pelajaran ke mesir.

tapi apa yang aku amat sedih dan terguris apabila mendapat undangan perkahwinan dia.dia datang sendiri berjumpa aku dan mahu aku datang ke majlis perkahwinan dia.tersentak rasa dijiwa bila terpaksa membuat pilihan.samaada bersedia hati ini dilukai atau akan menyakitkan hati kawan.so aku mengambil risiko untuk memenuhi kehendak dia.alangkah tersentap jiwa aku bila melihat dia telah sah menjadi sepasang suami isteri yang sah.tiba-tiba dunia aku hilang dan tak bermaya rasanya nak membawa diri.tapi gagahkan juga cuma diwaktu pernikahan itu aku menutup rasa sedihku dengan disebalik cermin mata hitam.setelah upacara pernikahan selesai,aku pun mebawa diriku ke satu tempat dan aku menangis sepuas-puasnya kerana kehilanagn dia.aku rasa hilang semanagta untuk hidup ketika itu.nyaris-nyaris aku hendak menelan pil tidur dalam kuantiti yang banyak macam didalam filem.tapi aku masih lagi sempat sedar bahawa hidup mesti diteruskan.keesokan harinya aku gaghkan hati ini pergi ke majlis persandingan dia supaya aku hendak dia tahu yang aku sedia merelakannya walhal didalam hati ini mahu saja mengambil dia kembali.tapi takdir aku bukan bersamanya.aku pun mahu menjadi orang yang dewasa dimata orang lain.tapi siapa yang tak sakit bila orang yang digayanagi bersanding didepan mata dengan orang lain.jiwaku sekali lagi direntap kuat.aku tak sanggup lagi hendak melaluinya lalu aku pergi menepung tawar dan meminta keizinan hendak pulang.jadi sempat juga aku berbisik pada kuping telinganay dan mengatakan 'i love u'.itulah ucapan pertama semenjak aku hidup ini.dan kali itulah aku memberanikan diri berkata padanya kerana sebelum ini aku tak pernah hendak mengucapkan ayat itu sebab takut.tapi apakan daya.aku terus pergi membawa diri ini dan pulang kepada kehidupan aku.

tapi kenapa petang tadi dia hadir didalam mimpi aku dan memberikan aku sekuntum bunga.pakah maksud yang tersirat.ya allah berikan petunujuk mu agar aku dapat menyelasaikan gelojak hatiku ini.

0 comments: