? ??????????????Blue Abstract Spiral? ????? ?????? ???Rating: 4.1 (51 Ratings)??1 Grab Today. 9454 Total G
rabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Steelers Super Fan? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (171 Ratings)??1 Grab Today. 13602 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructio CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

My Physolophy

My Physolophy

Wednesday, June 17, 2009

APAKAH YANG TERJADI PADA SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA SEKARANG

Isu yang ingin dibincangkan ini bukanlah untuk mengkritik sistem pendidikan negara sekarang. Cuma hanya ingin berkongsi pendapat berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pelajar dan rasa prihatin seorang rakyat malaysia. Apakah yang telah terjadi pada sistem pendidikan di malaysia?. Setiap orang pasti pernah melalui zaman persekolahan. Tidak kiralah ditahap mana pencapaian seseorang itu tetapi apa yang pastinya adalah sekolah merupakan satu medan pencaraian dan pemberian ilmu yang memanfaatkan setiap manusia. Tidak kiralah apakah latar belakang sekolah tersebut tetapi misi dan visi kesemuanya adalah sama. Cuma yang membezakan adalah pandangan setiap individu itu bagi menilai adakah ianya dapat memberikan manfaat ataupun tidak. Saya cuma mahu mengetengahkan kekurangan kerana dengan kekurangan kita dapat membuat penambahbaikkan sesuatu isu.

Kepastian pertama sekali pada saya mengenai sistem pendidikan negara sekarang ianya bagaikan menggunakan prinsip 'Belajar Untuk Peperiksaan'. Kenapa saya berkata begitu?. Ini kerana sekarang ini di peringkat terutama sekolah amat mementingkan belajar untuk peperiksaan. Saban tahun tugas cikgu pada zaman ini hanya menekankan pembelajaran untuk peperiksaan semata-mata untuk memenuhi target pihak sekolah mahupun negeri. Bedasarkan pada silibus peperiksaan yang lepas, sistem P&P di sekolah hanya mendasari pembelajaran untuk peperiksaan. Kenapa perkara ini boleh berlaku. Saya akan menyediakan alasan saya yang tersendiri

1- Sistem pembuatan soalan peperiksaan menggunakan sistem peperiksaan yang berulang-ulang. Contohnya pada tahun A soalan menggunakan bab 1.1. Pada tahun B soalan menggunakan bab 1.3. Tahun C soalan menggunakan bab 1.2. Dan pada tahun D tidak mustahil soalan menggunakan bab 1.1 dan hanya format sahaja akan berubah. Disini dapat dilihat bahawa sistem pembelajaran disekolah hanya akan mengikut silibus peperiksaan yang tekini dan memberi kesan kepada pembelajaran dan seterusnya kemahiran pelajar akan menjadi terbatas

2- Pengadaan ceramah untuk memberikan tips dan cara menjawab peperiksaan. Disini kemahiran seseorang pelajar dalam menjawab soalan tidak dapt dilihat kerana pelajar hanya menjawab soalan berdasarkan cara yang diberi. Dari pemahaman pelajar tidak dapat dilihat secara jelas kerana jika kita mahu melihat pemahaman yang tinggi seseorang pelajar perlu melihat bagaimana soalan yang diberi dijawab. Contohnya, setiap ceramah ini akan dijemput guru-guru yang terdiri daripada kumpulan pembuat soalan dan guru yang bertindak sebagai penanda soalan peperiksaan.

3- Pembuatan soalan oleh guru-guru diperingkat persekolahan. Memang tidak dapat disangkal jika proses pembuatan soalan peperiksaan perlu dibuat oleh orang yang berkemahiran dan memahami prestsi pelajar tetapi impak yang akan berlaku adalah penyediaan soalan yang kualitinya kurang dari yang diharapkan. Contohnya, jika seorang guru itu merupakan guru yang tergolong didalam kumpulan pembuat soalan, tentu guru itu mahu setiap anak murid yang diajarinya mendapat keputusan yang baik kerana lumrah seorang manusia amat menyenangi pujian dan penghargaan. Cuma pemberian soalan itu dilakukan dalam keadaan yang berbeza bagi mengelakan dipersalahkan atas sebab berlakunya soalan bocor. Serta berdasarkan sebab yang sebelumnya guru tersebut pasti akan memenuhi undangan ceramah-ceramah dalam pemberian tips-tips peperiksaan.

Kesan akibat perkara yang diterangkan tadi amat berisiko kepada pelajar kerana ianya akan memberikan kesan kepada keputusan peperiksaan. seperti apa yang berlaku pada saya serta rakan-rakan dalam menduduki peperiksaan STPM, dalam subjek pengajian am kertas 2. Pada tahun peperiksaan yang saya ambil, guru-guru telah meletakkan target soalan mengenai carta pai pasti akan keluar kerana pada tahun sebelumnya soalan STPM subjek tersebut tidak mengeluarkan soalan yang berbentuk sedemikian. sejurus itu target itu diambil perhatian oleh semua pelajar bagi mendapatkan keputusan yang baik. Tetapi apa yang terjadi bentuk soalan yang disarankan itu tidak keluar pada peperiksaan tahun tersebut. Jika dilihat mungkin pihak pelajar bersalah kerana tidak membuat persediaan yang rapi dalam menghadapi peperiksaan. Tetapi adakah ianya juga bukan merupakan kesalahan seorang guru kerana setiap pelajar yang prihatin akan mengikuti setiap saranan dan nasihat yang diberikan oleh guru.

Bagi pandangan peribadi saya, pengunaan sistem "Belajar Untuk Peperiksaan" dapat diubah dengan cara

1- Proses pembuatan soalan dilakukan oleh golongan yang mempunyai kemahiran dalam aspek peperiksaan. Kumpulan ini juga perlu membuat pengkajian terhadap perkembangan minda pelajar. contohnya mengubah kumpulan pembuat soalan dari galangan guru diubah kepada golongan pensyarah dan pegawai-pegawai dari Majlis Peperiksaan Negara yang tidak mempunyai apa hubungan dengan sekolah. Ini dapat dilakukan kerana peperiksaan yang dibuat sekarang hanya menggunakan silibus yang terdapat didalam buku teks dan jika seseorang guru itu berpotensi menjadi pembuat soalan yang baik, dia perlulah ditukarkan jawatamya supaya hubungannya dengan kompleks dapat dibataskan. Ini akan membuatkan pelajar dan guru lebih berhati-hati dalam proses pembelajaran serta penyediaan menghadapi peperiksaan. penyediaan silibus yang berulang-ulang dapat dielakkan.

2- Jika kumpulan pembuat soalan dari kalangan guru mahu dikekalkan, maka sebarang pengadaan ceramah yang memberikan tips-tips dan cara menjawab soalan peperiksaan perlu dimansuhkan diperingkat sekolah mahupun luar. Penguatkuasaan perkara ini penting kerana dengan cara ini kemahirfan pelajar dapat dipertingkatkan. Guru yang dijadikan kumpulan pembuat soalan itu tidak harus mengajar dalam mana-mana matapelajaran disekolah dan boleh dilantik menjadi penasihat penyediaan pembelajaran sekolah untuk membantu pihak sekolah untuk membuat penambahbaikkan.

3- Sistem peperiksaan berkala seperti di universiti dan tidaklah peperiksaan yang hanya sekali. sistem peperiksaan diuniversiti mengambil kira kemahiran pelajar dalam setiap peringkat seperti kuiz, ujian dan peperiksaan akhir. Jika peperiksaan secara berkala ini dilaksanakan pasti sistem pembelajaran seperti sekarang dapat diubah. kepentingan peperiksaan berkala ini adalah untuk membantu dan mengenal pasti kefahaman pelajar dalam subjek yang diaajar serta silibus subjek itu dapat dihabiskan mengikut kriteria yang diberikan. setiap keputusan ujian kecil seperti ujian bulanan perlu dikira dan dicampurkan dengan markah soalan peperiksaan akhir kerana ini akan membuatkan seseorang pelajar itu akan fokus terhadap subjek tersebut dan memandangkan ujian bulanan itu sebagai ujian yang sama penting seperti peperiksaan akhir.

hanya sampai disini dahulu pandangan dari saya mengenai sistem pendidikan negara sekarang.ingin dijelaskan sekali lagi ianya bukan bermaksud untuk mengkritik atau mencari kesalahan, cuma hanya ingin mengutarakan kekurangan yang berlaku tanpa disedari dan sebagai rasa ingin membantu semua pihak untuk meningkatkan lagi kemahiran dan pemahaman pelajar untuk menjadi pelajar yang berkemahiran tinggi dan berfikiran baik serta dapat berdaya saing di peringkat global. saya juga akan cuba mengetengahkan lagi pendapat-pendapat saya mengenai isu-isu pembelajaran sekarang ini. SEKIAN.

0 comments: