? ??????????????Blue Abstract Spiral? ????? ?????? ???Rating: 4.1 (51 Ratings)??1 Grab Today. 9454 Total G
rabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Steelers Super Fan? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (171 Ratings)??1 Grab Today. 13602 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructio CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

My Physolophy

My Physolophy

Monday, May 11, 2009

Arsenal F.C


Arsenal F.C. (dikenali sebagai Arsenal atau The Gunners) ialah kelab bola sepak profesional England yang berpusat di utara London. Mereka bermain di dalam Liga Perdana Inggeris dan menjadi kelab yang paling berjaya di dalam sejarah bola sepak Inggeris. Arsenal telah memenangi tiga belas Divisyen Pertama dan kejuaraan Liga Perdana, sepuluh Piala FA dan telah sampai ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama dalam sejarah mereka semasa 2005-06, yang mana mereka telah tewas 1-2 kepada FC Barcelona.
Arsenal telah diasaskan di Woolwich, tenggara London, dalam tahun 1886, tetapi dalam tahun 1913 mereka telah berpindah ke utara merentasi bandaraya itu ke Stadium Arsenal, Highbury, yang mana menjadi rumah mereka sehingga bulan Mei 2006. Dalam bulan Julai 2006 kelab tersebut berpindah Stadium Emirates bertempat duduk 60,000 di Ashburton Grove yang berhampiran. Arsenal mempunyai satu sejarah permusuhan yang panjang dengan jiran Tottenham Hotspur, yang hanya terletak empat batu sahaja di Tottenham, yang mana mereka bermain dalam perlawanan pertembungan London utara.
Arsenal ialah ahli kepada kumpulan G-14 yang terdiri daripada kelab-kelab terkemuka Eropah, sebaris dengan kelab-kelab Barcelona, AC Milan and Manchester United.
Sejarah

Arsenal ditubuhkan pada awalnya dengan nama Dial Square pada tahun 1886 oleh pekerja-pekerja di Royal Arsenal yang terletak di Woolwich, tetapi ditukar namanya kepada Royal Arsenal sejurus selepas itu. Mereka menukar nama mereka sekali lagi kepada Woolwich Arsenal selepas menjadi profesional pada tahun 1891. Kelab ini menyertai liga Football League pada tahun 1893, bermula dengan liga Second Division, dan berjaya naik ke liga First Division pada tahun 1904. Akan tetapi, kedudukan geografi kelab ini yang terpinggir menyebabkan kadar kehadiran penontonnya kurang berbanding dengan kelab-kelab lain, seterusnya menyebabkan kelab ini dibebani dengan masalah-masalah kewangan. Pada tahun 1913, selepas jatuh semula ke Divisi Kedua, mereka berpindah menyeberangi Sungai Thames ke stadium baru Arsenal di Highbury, North London. Mereka memadamkan "Woolwich" daripada nama mereka pada tahun berikutnya. Arsenal hanya menamatkan saingan di tangga kelima pada tahun 1919, tetapi dipilih semula untuk menyertai Divisi Pertama dan menyebabkan musuh tradisi mereka Tottenha Hotspur terpaksa menuruni divisi, dengan cara yang dilaporkan agak diragui.
Pada tahun 1925, Arsenal telah melantik Herbert Chapman sebagai pengurus pasukan. Chapman telah memenangi liga dengan Huddersfield Town pada tahun 1924 dan 1925, dan beliau telah membawa Arsenal kepada fasa pertama ke arah kegemilangan. Beliau telah merevolusikan taktik dan sistem latihan, bersama-sama dengan pemain-pemain terkemuka seperti Alex James dan Cliff Bastin, meletakkan asas kepada dominasi kelab tersebut dalam bolasepak Inggers pada tahun 1930-an. Antara tahun 1930 and 1938, Arsenal telah menjuarai Divisi Pertama sebanyak lima kali dan piala FA Cup dua kali, meskipun Chapman tidak sempat untuk melihat pencapaian ini kerana beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat penyakit radang paru-paru pada tahun 1934. Sebagai tambahan, Chapman telah dilaporkan telah mengepalai penamaan semula stesen tempatan London Underground dari "Gillespie Road" kepada "Arsenal" pada tahun 1932, menjadikan stesen itu sebagai satu-satunya stesen Tube yang dinamakan sempena sebuah kelab bolasepak.
Berikutan dengan pengantungan bolasepak profesional Inggeris semasa World War II, Arsenal telah menjuarai liga pada tahun 1948 dan 1953 dan piala FA Cup pada tahun 1950. Bagaimanapun, nasib mereka mulai berubah; gagal untuk menarik pemain-pemain berkaliber seperti pemain-pemain pada zaman 30-an, kelab ini telah menghabiskan zaman 1950-an and 1960-an mereka dalam keadaan kekeringan trofi. Hinggakan bekas England kapten Billy Wright pun tidak mampu untuk membawa kejayaan kepada kelab ini sebagai pengurus.
Era kegemilangan Arsenal's kedua bermula dengan perlantikan mengejutkan ahli fisioterapi kelab itu, iaitu Bertie Mee sebagai pengurus pada tahun 1966. Selepas tewas dalam dua perlawanan akhir piala League Cup,mereka telah memenangi piala Inter-Cities Fairs Cup, piala Eropah mereka yang pertama pada tahun 1970. Ini diikuti degan kejayaan yang lebih membanggakan: kejayaan berganda pertama untuk merangkul juara liga dan piala FA pada tahun 1971. Bagaimanapun, dekad-dekad yang berikutnya telah dicirikan sebagai siri-siri yang hampir menang. Arsenal berkedudukan sebagai naib johan Divisi Pertama pada tahun 1973, tewas dalam tiga perlawanan akhir piala FA (1972, 1978 and 1980) dan tewas dalam perlawanan akhir piala Cup Winners' Cup atas sepakan penalti pada tahun 1980. Kejayaan tunggal kelab ini pada era ini adalah piala FA pada tahun 1979, dengan kemenangan 3-2 di saat-saat akhir perlawanan ke atas Manchester United yang hingga kini dianggap sebagai klasik.

Pemain-pemain dan penyokong-penyokong Arsenal meraikan kejuaraan Liga 2004 mereka dengan sebuah perarakan bas tidak berbumbung
Kepulangan bekas pemain George Graham sebagai pengurus pada tahun 1986 telah membawa kepada sesi kegemilangan yang ketiga. Arsenal telah menjuarai piala League Cup pada tahun 1987, dalam musim pertama Graham memegang jawatan pengurus. Ini diikuti dengan sebuah kejuaraan liga pada tahun 1989, yang dimenangi dengan sebuah gol di minit terakhir perlawanan menentang pencabar kejuaraan Liverpool dalam perlawan terakhir musim tersebut. Arsenal dibawah bimbingan Graham telah memenangi sebuah lagi kejuaraan liga pada tahun 1991, dengan tewas hanya satu perlawanan, memenangi piala berganda FA Cup dan League Cup pada tahun 1993 dan trofi Eropah kedua mereka, piala Cup Winners' Cup, pada tahun 1994. Akan tetapi, reputasi Graham tercalar apabila didedahkan bahawa beliau telah menerima rasuah daripada ejen Rune Hauge kerana telah membeli pemain-pemain tertentu, dan beliau dipecat pada tahun 1995. Pengganti beliau, Bruce Rioch, hanya bertahan selama semusim sahaja, meninggalkan kelab itu selepas bertelagah mengenai isu dana perpindahan pemain.
Punca utama kejayaan kelab ini di akhir 1990-an dan 2000-an adalah disebabkan perlantikan pengurus Arsène Wenger pada tahun 1996. Wenger memperkenalkan taktik-taktik serba baru, rejim latihan yang baru dan beberapa pemain-pemain luar negara yang melengkapi bakat pemain-pemain Inggeris yang sedia ada. Arsenal telah memenangi kemenangan berganda liga dan piala untuk kali keduanya pada tahun 1998 dan kali ketiga pada tahun 2002. Sebagai tambahan, kelab ini telah mara ke perlawanan akhir piala UEFA Cup 2000 (tewas penalti kepada Galatasaray), menjuarai piala FA Cup pada tahun 2003 dan 2005, dan menjuarai liga Premier League 2004 tanpa tewas dalam sebarang perlawanan, yang menyebabkan mereka digelar dengan gelaran "The Invincibles" keseluruhannya, kelab ini telah menempuhi 49 perlawanan liga tanpa kalah, sebuah Rekod negara England. Arsenal telah menghabiskan saingan liga samada di tangga pertama atau kedua dalam lapan daripada sepuluh musim Wenger berada di kelab itu, dan mereka adalah salah satu daripada empat pasukan (bersama-sama dengan Manchester United, Blackburn Rovers dan Chelsea) yang telah memenangi liga Premier League semenjak penubuhannya pada tahun 1993. Sehingga baru-baru ini, Arsenal tidak pernah layak ke peringkat separuh akhir kejohanan Champions League; bagaimanapun dalam 2005-06, mereka telah mara ke perlawanan akhir (di mana mereka menetang Barcelona pada May 17, 2006), menjadikan mereka kelab London yang pertama untuk berbuat sedemikian dalam lima puluh tahun sejarah kejohanan ini. Arsenal dikurangkan kepada sepuluh pemain di awal perlawanan, dengan penjaga gol Lehmann di buang padang akibat menjatuhkan Samuel Eto'o dipinggir luar kawasan beliau. Sungguhpun begitu, mereka mendahului 1-0, melalui Sol Campbell, tetapi Barcelona bangkit kembali dengan gol-gol daripada Eto'o dan Belletti untuk memenangi perlawanan itu.
Mercu

Mercu pertama Arsenal dari 1888

Logo Arsenal dari tahun 1949 to 2002
Mercu Arsenal Diraja pertama, didedahkan pada tahun 1888, mengandungi tiga meriam dilihat dari atas, menghala ke utara, menyerupai mercu Borough of Woolwich. Meriam ini kadangkala disalah tafsir sebagai serombong asap, tetapi kewujudan ukiran kepala singa dan sebiji lada di setiap meriam adalah petanda jelas yang mereka adalah meriam. Pada tahun 1922, kelab ini telah menggunakan mercu satu meriam buat pertama kalinya, mengandungi sebuah meriam yang menghala ke timur. Mercu ini hanaya digunakan sehingga tahun 1925 di mana meriam itu dihala ke arah barat pula selepas itu, tongnya dikecilkan dan nama gelaran kelab ini, "The Gunners", telah ditatah dikiri mercu ini. Pada tahun 1949, kelab ini telah mendedahkan mercu yang telah dimodenkan yang nengandungi gaya meriam yang serupa, nama kelab dalam tulisan blackletter di atas meriam, dan sebuah gulungan yang diukir dengan moto Latin baru, "Victoria Concordia Cresit" (yang bermaksud "kemenangan hasil harmoni"). Buat pertama kalinya, mercu ini diberi warna- merah, hijau, dan emas - yang sedikit bervariasi semenjak kewujudan mercu tersebut.
Disebabkan pelbagai rujukan ke atas mercu ini, Arsenal tidak mampu untuk memberi hakcipta; meskipun kelab itu telah berjaya mendaftarkan mercu itu sebagai trademark, dan telah berbalah (dan memenangi) sebuah perbicaraan dengan seorang peniaga tempatan yang menjual barangan-barangan 'tidak rasmi' Arsenal,Arsenal mencari perlindungan undang-undang yang lebih melengkapi. Maka, pada tahun 2002 mereka memperkenalkan mercu baru yang mangandungi garisan-garisan lengkung moden dan gaya yang ringkas, yang mana boleh dihakciptakan.Meriam tersebut sekali lagi menghala ke timur dan nama kelab ditulis dalam tulisan sans-serif yang tersendiri di atas meriam itu. Hijau telah digantikan dengan biru gelap. Mercu baru in menerima respons yang pelbagai daripada para penyokong, denagn sesetengah daripada mereka mengatakan yang mercu ini telah mengabaikan sejarah dan tradisi Arsenal dengan rekaan moden yang radikal, dan penyokong kelab tidak diajak berbincang secara serius berhubungan dengan isu ini.
Warna-warna
Warna asal Arsenal di tempat sendiri. Pasukan ini telah memakai kit yang serupa (tetapi dengan stokin merah "redcurrant") semasa musim 2005–06.
Dalam sebahagian besar sejarah Arsenal, warna rumah mereka ialah baju merah terang dengan lengan putih dan seluar pendek putih, meskipun kadangkala situasi ini berubah. Pemilihan warna merah adalah sebagai menghargai sebuah sumbangan amal daripada Nottingham Forest, sejurus selepas penubuhan Arsenal pada tahun 1886. Dua daripada ahli penubuhan Dial Square, Fred Beardsley dan Morris Bates, adalah bekas pemain Forest yang telah berpindah ke Woolwich untuk bekerja. Sedang mereka menubuhkan kesebelasan utama di kawasan itu, tiada kit yang boleh dijumpai, jadi Beardsley dan Bates telah mengirim surat ke rumah untuk mendapatkan bantuan dan menerima satu set kit dan sebiji bola. Baju itu lebih gelap merahnya berbanding dengan warna moden kelab ini sekarang, hampir ungu, dan telah dipakai dengan samada seluar pendek putih atau gelap.
Pada tahun 1933, Herbert Chapman, yang menghendaki pemain-pemainnya untuk berpakaian lebih segak, telah mengubahsuaikan kit tersebut, menambah lengan putih dan merubah merah gelap itu kepada merah yang lebih terang seperti merah peti pos. Pasukan ini telah serasi dengan kombinasi ini semenjak itu, selain daripada dua musim. Mula-mula, pada 1963–64 kit tersebut telah diubah kepada semua merah, tetapi langkah ini didapati tidak popular dan lengan putih kembali pada musim berikutnya. Kali kedua, semasa 2005–06 ialah musim terakhir Arsenal bermain di Highbury, baju pasukan telah diubah sementara kepada warna asli merah gelap, atau "redcurrant", untuk mengenang kembali warna yang telah dipakai semasa musim pertama di Highbury, pada tahun 1913. Kelab ini akan kembali ke warna kebiasaaan mereka untuk musim 2006-07.
Warna rumah Arsenal telah menjadi inspirasi kepada sekurang-kurangnya dua buah kelab lain. Pada tahun 1909, Sparta Prague telah mengambil sebuah kit merah gelap seperti yang dipakai oleh Arsenal sewaktu itu; pada tahun 1930-an, Hibernian mengambil rekaan lengan Arsenal dalam warna baju hijau dan putih mereka. Kedua-dua kelab tersebut masih memakai rekaan itu hingga ke hari ini.
Warna tempat lawan Arsenal secara tradisinya adalah kuning dan biru, meskipun mereka telah memakai sebuah kit hijau dan biru tentera laut buat sementara ketika awal 1980-an. Sejak 1990-an dan ketibaan pasaran kit yang lumayan, warna tempat lawan mereka telah diubah setiap beberapa musim. Secara amnya, warna itu samada kuning dan biru, ataupun rekaan dua-ton biru, sungguhpun telah ada sebuah rekaan emas metalik dan biru tentera laut untuk musim 2001–02. Bagaimanapun, ramai peminat Arsenal merasakan yang baju biru tersebut membawa nasib malang- kesemua tiga kejuaraan Premier League dicapai dalam musim di mana pasukan ini memakai kuning atau emas. Warna tempat lawan untuk 2005–06 adalah kuning dan kelabu gelap.

Stadium

Stadium Arsenal, lebih dikenali sebagai Highbury, adalah rumah kepada Arsenal dari September 1913 hingga 7 Mei 2006. Stadium yang asal telah dibina oleh seorang arkitek bola sepak yang terkemuka Archibald Leitch, dan mempunyai rekaan serupa dengan kebanyakan padang-padang bola sepak di UK pada masa itu, dengan satu kawasan tempat duduk berbumbung dan tiga kawasan tempat duduk tidak berbumbung yang bertingkat. Pada tahun 1930-an, keseluruhan stadium telah diubahsuai secara besar-besaran,dengan pembinaan tempat duduk Art Deco Timur dan Barat yang serba baru, and bumbung-bumbungnya telah ditambah kepada teres-teres North Bank dan Clock End. Pada kemuncak, Highbury boleh diisi sebanyak 60,000 penonton, dan sudah mempunyai kapaciti 57,000 sehingga awal 1990s. Peraturan-peraturan Laporan Taylor dan Liga Perdana telah memaksa Arsenal untuk menukarkan Highbury kepada keseluruhan tempat duduk dalam tahun 1992, mengurangkan kapasiti kepada 38,500; Kapasiti ini terpaksa dikurangkan lebih lagi semasa perlawanan-perlawanan Liga Juara-Juara untuk menampung penambahan papan iklan. Penambahan ini juga telah dihadkan kerana tempat duduk timur telah dirangka menjadi Senarai Bangunan Gred II dan bantahan daripada penduduk rumah yang sangat hampir dengan tiga tempat duduk lain stadium berkenaan.

Pemain

Skuad semasa
Sehingga 21 Ogos 2008.
No.
Posisi
Pemain
1-GK Manuel Almunia
2-MF Abou Diaby
3-DF Bacary Sagna
4-MF Cesc Fàbregas (kapten)
5-DF Kolo Touré (naib kapten)
7-MF Tomáš Rosický
8-MF Samir Nasri
9-FW Eduardo
10-DF William Gallas
11-FW Robin van Persie
12-FW Carlos Vela
14-FW Theo Walcott
15-MF Denílson
16-MF Aaron Ramsey
17-MF Alexandre Song
18-DF Mikaël Silvestre

.

0 comments: